Berita baik untuk semua rakyat Malaysia kerana melalui bajet 2021 yang lalu Dato’ Sri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz (Menteri Kewangan Malaysia) telah mengumumkan bantuan khas untuk iaitu Bantuan Warga Emas atau Bantuan Kebajikan Orang Tua.
Di mana bantuan ini akan dinaikkan daripada RM350 kepada RM500 seorang bagi mereka yang telah mendaftar bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan bantuan ini akan diteruskan sehingga 2022.
Nak lebih banyak update JAWATAN KOSONG MENARIK?
Join Telegram Rasmi Jawatan Kerajaan & Swasta :
Klik Sini
Untuk makluman, bantuan kepada warga emas Malaysia akan diuruskan oleh JKM iaitu sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Tujuan utama bantuan ini diberikan kepada warga emas yang layak adalah untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup dalam masyarakat.
Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
Syarat Khas Bantuan RM500
Ibu bapa atau warga emas yang ingin memohon bantuan hendaklah memenuhi semua syarat kelayakan seperti berikut:
- Pemohon adalah warganegara dan pemastautin Malaysia.
- Warga emas atau warga emas berumur 60 tahun ke atas.
- Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Per Kapita Miskin Semasa; dan
- Warga emas yang tidak tinggal di Institusi kendalian JKM atau pusat jagaan harian / kediaman yang menyediakan kemudahan perkhidmatan secara percuma atau
- Sebarang kes yang perlu, wajar dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.
Bagaimana Nak Mohon?
Untuk cara memohon, sila ikuti semua langkah yang dinyatakan di bawah:
- Sila layari https://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp
- Sila klik pada butang daftar permohonan.
- Masukkan negeri tempat tinggal dan nombor ID anda.
- Setelah selesai, klik butang daftar.
- Dalam tempoh 14 hari, sila pergi ke Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat yang berhampiran di kawasan anda. Senarai direktori pejabat boleh dirujuk di sini – klik Sini
Dokumen Yang Wajib Dibawa
- Salinan kad pengenalan pemohon.
- Salinan kad pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama.
- Salinan sijil kelahiran anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
- Salinan penyata gaji (jika ada)
- Borang JKM
- Dokumen lain yang berkaitan.
Info Tambahan Lanjut
Untuk sebarang maklumat dan pertanyaan lanjut, sila hubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di alamat:
Jabatan Kebajikan Masyarakat
Tahap 6, 9-18
No 55, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya.
No Tel: 03-8000 8000