Bantuan kanak-kanak (BKK) 2023 merupakan salah satu bantuan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang bertujuan untuk membantu.
Kepada ibu bapa yang ingin memohon bantuan ini, kami kongsikan kepada anda maklumat terkini dan cara untuk memohon bantuan kanak-kanak sehingga maksimum RM1000.
Baca juga artikel ini: Permohonan Bantuan RM3700 STR 2024
Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
Apa Itu Bantuan Kanak-Kanak?
Bantuan Kanak-Kanak (BKK) bertujuan membantu keluarga, penjaga kepada anak, kanak-kanak atau membantu anak, kanak-kanak yang tiada dan kehilangan penjaga supaya dapat terus tinggal bersama keluarga.
BKK juga bertujuan untuk membantu memelihara dan memperkukuh institusi keluarga yang terlibat dalam memberi jagaan sempurna kepada kanak-kanak termasuk kasih sayang dan perhatian.
Kadar Bantuan
Minimum sebanyak RM150 sebulan seorang sehingga maksimum sebanyak RM1000 sebulan mengikut pecahan berikut:
- RM200 seorang bagi anak berumur 6 tahun & ke bawah
- RM150 seorang bagi anak berumur 7 tahun hingga 18 tahun
- Kadar bantuan maksimum RM1000 keluarga sebulan
Baca juga artikel ini: Bantuan Kesihatan RM700 Untuk Golongan B40
Tujuan
- Membantu keluarga/ penjaga kepada anak/ kanak-kanak atau membantu anak/ kanak-kanak yang tiada/ kehilangan penjaga supaya dapat terus tinggal bersama keluarga dan meneruskan kelangsungan hidup
- Membantu memelihara dan memperkukuhkan institusi keluarga yang terlibat dalam memberi jagaan sempurna kepada kanak-kanak termasuk kasih sayang dan perhatian
Kelayakan Khusus Pemohon
- Warganegara dan bermastautin di Malaysia
- Keluarga/ penjaga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak dan pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa:
- Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun dan yang berumur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat menengah atas
Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah senarai 3- jadual kesembilan Senarai Perundangan.
Cara Mohon Bantuan Kanak-Kanak 2023
Permohonan Manual
Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah, Jajahan dan Bahagian di seluruh negara.
Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon.
Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.
Antara dokumen sokongan yang perlu dibawa ke Pejabat Kebajikan Masyarakat ialah:
- Salinan Kad Pengenalan Diri Pemohon
- Salinan Kad Pengenalan Suami, Isteri, Ibu Bapa dan Anak Yang Tinggal Bersama
- Salinan Sijil Kelahiran Anak-Anak Atau Ahli Keluarga Yang Tinggal Bersama
- Salinan Penyata Gaji (Jika Ada)
- Lain-Lain Dokumen Yang Berkaitan
Borang Permohonan Berkaitan Yang Wajib Dibawa:
Permohonan Online
Anda boleh mohon bantuan kanak-kanak secara online melalui portal E-Bantuan JKM:
Hadir Ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Selepas Mohon Online
Tolong hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat mengikut daerah yang anda pohon dalam tempo masa 14 hari dari permohonan dibuat waktu online.
Kegagalan berbuat demikian sistem akan membatalkan permohonan tersebut secara automatik
Bawa Dokumen Ini Sewaktu Ke Pejabat
- Salinan MyKad/ Kad Pengenalan Pemohon
- Salinan MyKad/ Kad Pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama
- Salinan Kad OKU/ Slip pendaftaran sementara OKU; (Jika Kategori OKU)
- Salinan penyata pendapatan / surat akuan pendapatan: ( jika bekerja sendiri)
- Salah satu Bil Utiliti (air/elektrik/telefon/astro)
- Laporan pegawai perubatan dari hospital/klinik kesihatan kerajaan/swasta (bagi kes OKU/ tidak bekerja/terlantar/kronok/ alat tiruan)
Maklumat Lanjut
Anda boleh hubungi:
- Telefon: 03-8000 8000
- Faks: 03 – 8323 2045