SARAWAK : Pengumuman terkini berkaitan bantuan kepada ibu bersalin Berstatus “K” akan menerima bantuan RM450 bagi anda yang melahirkan anak bermula dari 1 Januari 2020.
KWKPK telah dipertanggunjawabkan dalam pengurusan berkaitan Bantuan Ibu Bersalin (BIB) yang telah diumukan oleh YAB Ketua Menteri Sarawak dalam bajet DUN Negeri Sarawak tahun lepas.
Syarat Bantuan Ibu Bersalin
- Mestilah Warganegara Malaysia
- Merupakan pemegang Kad Pengenalan Sarawak berstatus “K” atau merupakan isteri kepada pemegang Kad Pengenalan Sarawak berstatus “K” (Sarawak Connection)
- Melahirkan anak di dalam atau diluar Sarawak
- Kandungan ibu perlulah mencapai 22 minggu dan keatas
Cara Buat Permohonan BIB
Bagi anda yang ingin membuat permohonan secara online mahupun manual boleh ikuti step dibawah ini :
Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
- Untuk membuat permohonan ONLINE boleh ke http://bit.do/bib2020.
- Isikan maklumat yang diminta dan ketik “NEXT” sampai page 6 hingga selesai.
- Bagi permohnan kaedah manual boleh menggunakan “BORANG PERMOHONAN MANUAL” ini untuk diisi.
- Kalau tak boleh nak print borang manual ini anda boleh dapatkan di mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian/Pejabat Residen/Pejabat Daerah/atau KWKPK
- Semua borang manual perlulah dihantar bersama salinan surat lahir atau nota discharge ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian/Pejabat Residen/Pejabat Daerah/atau KWKPK
Tambahan Peringatan:
- Permohonan ini hanya terbuka kepada ibu yang melahirkan bayi pada tahun 2020
- Tempoh permohonan adalah 3 bulan dari tarikh bersalin
- Hanya ibu sahaja dibenarkan memohon melalui online atau manual
Carta Aliran
Maklumat Lanjut
Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan berkaitan isub Bantuan Ibu Bersalin BIB ini ada boleh rujuk maklumat yang diberikan dibawah ini.
- Urus Setia Bantuan Ibu Bersalin (BIB)
- Bahagian Pembangunan Awal Kanak-Kanak (BPAKK)
- Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak
- Tingkat Bawah, Bangunan Baitulmakmur, Petra Jaya
- 93050 Kuching, Sarawak
- Tel: 082-311340 / 082-311718
- E-mel: [email protected]
Disclaimers : Artikel yang dikongsikan ini merupakan perkongsian cara bagaimana untuk membuat permohonan BIB sahaja, segala rujukan adalah bersandarkan laman rasmi KWKPK Sarawak