Berita baik untuk rakyat Malaysia terutamanya ibu bapa atau penjaga yang mempunyai anak berumur 18 tahun ke bawah, anda disyorkan memohon Bantuan Kanak-Kanak 2022 (BKK) sehingga RM1,000 sebulan untuk satu keluarga.
Bantuan Kanak-Kanak (BKK) Tahun 2022
Bantuan Kanak-Kanak atau BKK adalah bantuan untuk keluarga, penjaga dan anak-anak yang diberikan oleh kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi membantu mereka meneruskan kelangsungan hidup selain membolehkan anak-anak angkat mendapat penjagaan yang sempurna.
Join Telegram Rasmi Kerajaan : Klik Sini
Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
Baru-baru ini telah diumumkan oleh Menteri Pembangunan Wanita, bahawa bantuan ini telah dinaikkan daripada RM450 kepada RM1000 sebulan.
Di bawah ialah perbezaan ketara yang dimaksudkan:
Jumlah BKK Lama
- Maksimum untuk seorang kanak-kanak akan menerima bantuan sebanyak RM100.
- Maksimum RM450 jika mempunyai lebih daripada 4 orang anak.
Jumlah BKK Tahun 2022
- Kanak-kanak berumur 7 hingga 18 tahun akan mendapat RM150 sebulan seorang.
- Kanak-kanak berumur 6 tahun ke bawah akan mendapat RM200 sebulan seorang
- Maksimum RM1,000 sebulan untuk satu keluarga.
Kriteria & Syarat Kelayakan
- Merupakan warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia
- Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Semasa Isi Rumah Miskin atau Purata Semasa Per Kapita Miskin PGK
- Kanak-kanak di bawah umur 18 tahun (berumur 18 tahun dan ke atas boleh dipertimbangkan jika mereka bersekolah sehingga menengah atas sahaja).
- Mana-mana kes yang memerlukan adalah layak dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat.
Cara Permohonan
Berikut adalah cara memohon Bantuan kanak-kanak terkini :
- Sila layari http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/Awam/ForangPermohonan_Panduan.jsp
- Cetak Borang Permohonan
- Cetak Borang Kemas Kini jika terdapat kemas kini baru.
Info Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan, hubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di talian 03-8000 8000 atau boleh ke Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat di daerah dan kawasan berhampiran anda.