Bantuan e-Wallet RM300 Percuma untuk Rakyat Malaysia. Bantuan BINGKAS e-Wallet RM300 kini diteruskan pada tahun 2023.
Kerajaan Negeri Selangor berusaha untuk menghulurkan bantuan kepada penduduk Negeri Selangor yang tergolong dalam golongan yang memerlukan (B40). Pelbagai bantuan dan inisiatif telah diwujudkan oleh Kerajaan Selangor sama ada di peringkat Negeri mahupun Persekutuan demi meringankan beban kewangan rakyat.
Selain itu, anda juga kini boleh buat semakan status mengenai bantuan Sumbangan Tunai Rahmah STR Fasa 1 yang baru sahaja masuk baru-baru ini.
Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
Bantuan E-Wallet
Bantuan e-Wallet atau BINGKAS ini dikenali sebagai Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor, telah dibentangkan oleh kerajaan Selangor khas untuk penduduk Selangor sahaja.
Bakal disampaikan kepada lebih 30,000 keluarga dengan peruntukan sebanyak RM 108 Juta.
Jumlah Bantuan E-Wallet
Bentuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) telah pun menetapkan kadar bantuan dalam bentuk e-Wallet sebanyak RM 300 di mana pengguna boleh menggunakannya untuk membeli barangan keperluan harian di pasar raya yang telah pun berdaftar.
Oleh itu, semua perbelanjaan pembelian akan menjadi tanpa tunai (cashless).
Syarat Permohonan
Bagi anda yang berminat untuk memohon, anda perlu mengetahui syarat kelayakan yang telah ditetapkan.
- Warganegara Malaysia
- Mesti lahir di negeri Selangor atau telah menetap di negeri Selangor melebihi 10 tahun
- Pengundi berdaftar di negeri Selangor
- Anda adalah ahli keluarga yang mempunyai tanggungan yang umurnya tidak melebihi 18 tahun (tanggungan mestilah berumur 18 tahun ke bawah)
- Pendapatan bulanan isi rumah anda mestilah RM3,000 sebulan.
Cara Permohonan Bantuan e Wallet
Sekiranya anda telah memenuhi syarat kelayakan yang telah diberikan, maka anda perlu segera membuat permohonan dan permohonan bantuan ini boleh dibuat secara online tanpa perlu membuat permohonan secara fizikal. Anda boleh rujuk Sistem Pendaftaran BINGKAS.
Cara Daftar :
- Log masuk ke akaun di https://www.bingkasselangor.com,
- Jika anda adalah pemohon baru anda boleh klik pada Pemohon Baru.
- Selepas log masuk, anda mesti mengisi semua maklumat yang diperlukan untuk menentukan sama ada anda layak atau tidak.
Dokumen yang Diperlukan :
Pemohon hendaklah menyediakan Salinan Kad Pengenalan sama ada (Pemohon dan/atau Pasangan)
- Salinan Kad Pengenalan, MyKid atau Sijil Lahir / Sijil Anak Angkat / Kad Orang Kurang Upaya / Pengesahan Belajar dari IPTA atau IPTS (Anak / Tanggungan)
- Salinan Sijil Kematian / Perceraian atau pun Laporan Polis (bagi bapa/ibu tunggal)
- Salinan Slip Gaji atau Pencen Terkini (untuk penjawat awam atau pesara)
- Salinan Penyata EA atau KWSP (untuk pekerja swasta) juga perlu disediakan oleh pemohon
- dokumen Pengesahan Penyata Pendapatan daripada Ketua Masyarakat seperti Adun / Ketua / Ahli Majlis / Ketua Kampung (bagi mereka yang bekerja sendiri atau menganggur)
Selain bantuan BINGKAS ini, terdapat banyak lagi bantuan yang akan dilaksanakan dan telah pun dilaksanakan hanya untuk dipohon pada tahun 2023.
Jika anda terlepas pandang atau tidak mengetahui maklumat bantuan kerajaan, anda boleh melihat dan menyemak senarai bantuan tersebut di dalam telegram rasmi bantuan kerajaan di bawah.
Join Telegram Kerajaan di sini.