Permohonan bantuan duit raya RM300 secara ONE OFF kini dibuka. Permohonan, semakan pendaftaran dan kemas kini bantuan i-Fitri berjumlah RM300 telah dibuka untuk permohonan tahun ini.
Bantuan i-Fitri ini diwujudkan khas untuk rakyat Terengganu bagi membantu rakyat khususnya golongan B40 & M40 membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Tarikh tutup permohonan bantuan ini adalah dari 22 Mac hingga 31 Mac 2022. Permohonan hendaklah dibuat secara dalam talian.
Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
Bantuan Duit Raya RM300
Kategori penerima bantuan ini diperuntukkan kepada isi rumah berpendapatan antara RM2,500 hingga RM5,000 sebulan.
Tarikh pembayaran
Tarikh pembayaran yang akan diterima pemohon yang layak adalah dari 17 April 2022.
Jumlah Bantuan
Jumlah bayaran yang akan diterima oleh pemohon adalah seperti berikut:
RM300 secara one-off
Syarat & Kriteria Kelayakan iFitri
Syarat & kriteria kelayakan yang perlu dipenuhi oleh pemohon adalah seperti berikut:
- Warganegara Terengganu yang bermastautin di Negeri Terengganu semasa memohon
- Pemohon adalah Ketua Isi Rumah (KIR) (boleh terdiri daripada ibu/bapa/datuk/nenek/adik-beradik dan lain-lain) dengan jumlah pendapatan isi rumah bulanan kurang daripada RM2500.00 sebulan (termasuk gaji dan semua elaun); atau
- Pemohon adalah Ketua Isi Rumah (KIR) (boleh terdiri daripada ibu/bapa/datuk/nenek/adik-beradik dan lain-lain) dengan jumlah pendapatan isi rumah bulanan antara RM2501.00-RM5000.00 (termasuk gaji dan semua elaun).
- Pemohon mendaftar dalam sistem Profil Rakyat Terengganu 2020 (PRT20).
- Pemohon mestilah pemilih berdaftar di Terengganu.
- Penjawat awam dan lantikan kerajaan yang menerima elaun tetap bulanan tidak layak memohon.
- Kontraktor berdaftar tidak layak memohon.
- Peniaga berlesen tidak layak memohon melainkan jumlah pendapatan isi rumah memenuhi keperluan kategori.
- Pemohon yang tidak mempunyai slip gaji hendaklah mengemukakan Sijil Pendapatan yang disahkan oleh Pengerusi JPKK.
Cara Permohonan
Permohonan bantuan ini boleh dibuat secara dalam talian dengan membuat permohonan melalui laman web https://ibantuan.terengganu.gov.my/ mulai 19 Mac hingga 31 Mac 2023.
Selepas melengkapkan permohonan, sila cetak borang permohonan dan sediakan dokumen yang diperlukan untuk dihantar kepada Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JPKK).
Pemohon untuk kategori Perantau, anda boleh memohon mulai 1 April 2023.
Dokumen yang diperlukan
Dokumen sokongan yang perlu dihantar bersama borang permohonan adalah seperti berikut:
- Salinan kad pengenalan/sijil kelahiran bagi pemohon dan tanggungan.
- Salinan slip gaji atau slip pencen terkini atau Surat Akuan Pendapatan.
Borang PRT20
Mengikut syarat kelayakan di atas, pemohon perlu mengisi maklumat diri dan keluarga dalam Sistem Profil Rakyat Terengganu. Berikut adalah borangnya:
Info Lanjut
Maklumat lanjut mengenai Bantuan i-Fitri boleh dirujuk melalui laman web https://ibantuan.terengganu.gov.my/
Atau hubungi Hotline Negeri di:
- 011-5368 1120
- 011-1526 5561
Anda juga boleh mohon bantuan yang lain seperti :