Untuk Bajet 2023 tahun ini, Kerajaan telah membentangkan bajet perbelanjaan dan bantuan-bantuan yang akan diperuntukkan kepada rakyat Malaysia bagi membantu dan meringankan beban ekonomi isi rumah.
Pelbagai jenis bantuan kewangan dan inisiatif baru telah diperkenalkan oleh Kerajaan kepada mereka yang memerlukan dan layak terutamanya golongan miskin tegar dan golongan B40.
Mohon Juga : Bantuan & Kemaskini STR
Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
Bantuan Aidilfitri
Dalam peruntukan di bawah Bajet 2023, Kerajaan bersetuju memperkenalkan Bantuan Khas Aidilfitri sempena sambutan hari raya untuk tahun ini.
Jumlah untuk bantuan Aidilfitri ini adalah sebanyak RM700 dan RM350 kepada mereka yang layak.
RM700 akan diberikan kepada semua penjawat awam Gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak. Sementara itu, bantuan berjumlah RM350 akan disalurkan kepada pesara-pesara Kerajaan.
“Menjelang bulan Ramadan dan menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam, Kerajaan bersetuju menyalurkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM700 kepada semua penjawat awam Gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak.
“RM350 juga akan diagihkan kepada pesara Kerajaan,” kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Bajet 2023.
Tarikh Pembayaran Bantuan
Seperti yang dimaklumkan di Dewan Rakyat, pembayaran bantuan ini akan dibuat pada bulan April 2023 sebelum hari raya.
Cara Permohonan
Bantuan ini akan dikreditkan secara automatik kepada yang layak.
Kaedah pembayaran akan dibuat melalui kredit terus ke akaun bank penerima, seperti bantuan khas tahun-tahun sebelum ini.
Bantuan KWSP RM500
Pada masa sama, Kerajaan juga bersetuju untuk menambah bantuan kewangan sebanyak RM500 dalam Akaun 1 KWSP kepada ahli berumur antara 40 dan 54 tahun dengan simpanan KWSP kurang daripada RM10,000.
Untuk maklumat lebih terperinci mengenai Bajet 2023, sila lihat Portal Rasmi Kementerian Kewangan – KLIK SINI.