Bahagian Zakat, Sedekah dan Wakaf (ZAWAF), Universiti Teknologi Mara (UiTM) kini telah membuka permohonan bantuan zakat pelajar secara atas talian bagi sesi 1 2022/2023.
Permohonan dibuka kepada pelajar UiTM yang berkelayakan.
Baca juga:
Tarikh Permohonan Dibuka:
Berikut adalah tarikh-tarikh penting permohonan:
- Tarikh Permohonan Dibuka: 26 September 2022 (Isnin)
- Tarikh Permohonan Ditutup: 31 Oktober 2022 (Isnin)
- Tarikh Temuduga: 17 Oktober 2022 hingga 16 Disember 2022.
Syarat Permohonan:
Berikut adalah syarat kelayakan untuk memohon:
- Pemohon mestilah seorang yang beragama Islam.
- Pemohon mestilah pelajar sepenuh masa UiTM.
- Pemohon mestilah tidak pernah dikenakan tindakan tatatertib oleh pihak universiti.
- Pemohon mestilah tidak mendapat sebarang tajaan kewangan daripada mana-mana institusi.
Cara Permohonan:
Permohonan bantuan zakat boleh dibuat melalui aplikasi Portal Pelajar UiTM.
Maklumat Lanjut:
Untuk maklumat lanjut, sila ke Bahagian Zakat, Sedekah dan Wakaf Universiti Teknologi MARA.