Bantuan Zakat Kecemasan MAIWP 3.0 dibuka bermula 15 HINGGA 30 JUN 2021
Portal Malaysia akan berkongsi maklumat lanjut tentang zakat, syarat kelayakan dan cara membuat permohonan Bantuan Zakat Kecemasan MAIWP 3.0.
Senarai Kandungan
Apakah Bantuan Zakat Kecemasan MAIWP 3.0?
Bantuan Khas ini merupakan salah satu usaha MAIWP bagi membantu meringankan beban orang awam susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan wabak COVID-19.
Bantuan ini diberikan kepada golongan yang terjejas sumber pendapatan mereka agar dapat meneruskan kelangsungan hidup dalam tempoh PKP ini.
Baca Juga : Permohonan Rumah PPR (Program Perumahan Rakyat) Online 2021
Syarat Kelayakan Bantuan
- Golongan B40 yang terjejas pendapatan mereka
- Tinggal di Wilayah persekutuan Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya sahaja
- Pemohon haruslah BUKAN merupakan penerima Bantuan Kewangan Bulanan Baitulmal MAIWP
- Pemohon haruslah BUKAN penerima Bantuan Kecemasan COVID19 MAIWP 2.0*
Bagi penerima Bantuan Kecemasan COVID19 MAIWP 2.0 sebelum ini, RM500 akan disalurkan secara automatik ke akaun.
Jumlah Bantuan Zakat Kecemasan MAIWP 3.0
Mereka yang layak menerima Bantuan Zakat Kecemasan MAIWP sebanyak RM500 & penerima bantuan kecemasan 2.0 akan menerima RM500 seorang secara automatik mulai 15 Jun – 15 Julai secara berperingkat.
Baca juga : GKP 3.0 Tarikh Bayaran & Semakan – RM1,000 One-Off
Manakala kepada semua penerima Bantuan Kewangan Bulanan akan menerima bantuan khas tambahan berjumlah RM300.
Cara Permohonan Zakat Kecemasan MAIWP COVID19 3.0
Untuk memohon bantuan ini, sila isi borang secara online melalui pautan ini https://ebaitulmal.maiwp.gov.my/web/ (akan dibuka mulai 15 Jun 2021.)
Rujuk cara membuat permohonan mengikut langkah di bawah ini :
1. Daftar
- Buka laman web melalui pautan ini https://ebaitulmal.maiwp.gov.my/ez-zakat/
- Pemohon boleh klik pada ‘Pengguna Baru’ bagi mendaftar nama bagi pertama kali menggunakan sistem.
- Pemohon perlulah mengisi KESEMUA butiran diri termasuk kata laluan yang akan digunakan untuk akses/daftar masuk sistem.
- Setelah semua butiran telah diisi, pemohon sila tekan menekan butang DAFTAR.
2. Log Masuk
Sila masukkan No. Kad Pengenalan dan Kata Laluan anda yang telah didaftarkan dan klik pada butang LOG MASUK.
3. Isi Maklumat
Halaman Utama sistem akan dipaparkan hanya setelah pemohon berjaya Log Masuk.
Pemohon dikehendaki menekan tab ‘MAKLUMAT PEMOHON’ bagi melengkapkan butiran pemohon ini.
Pemohon dikehendaki untuk MEMENUHI SEMUA BUTIRAN di bahagian berikut:
- MAKLUMAT PERIBADI
- ALAMAT
- MAKLUMAT PEKERJAAN
- MAKLUMAT RUJUKAN UNTUK PENGESAHAN
- MAKLUMAT AKAUN dan
- MUAT NAIK DOKUMEN.
4. Muat Naik Dokumen
Bahagian MUAT NAIK DOKUMEN, pemohon dikehendaki memuat naik dokumen berikut:
- KAD PENGENALAN
- BIL AIR/API
- PENYATA BANK
- SURAT DOKUMEN/LAIN-LAIN di dalam format pdf/jpg/jpeg/gif.
*Maksimum saiz dibenarkan adalam 2mb untuk satu muat naik dokumen.
Setelah semua butiran telah diisi oleh pemohon, pemohon hendaklah menekan butang LANGKAH 1- KEMASKINI PEMOHON bagi menyimpan butiran tersebut.
5. Kemaskini Maklumat Tanggungan
Pemohon seterusnya dikehendaki membuat LANGKAH 2 – KEMASKINI TANGGUNGAN dengan menekan butang yang terletak di bahagian tab atas bersebelahan dengan LANGKAH 1- MAKLUMAT PEMOHON.
Pemohon perlu menekan butang TAMBAH TANGGUNGAN dengan mengisi maklumat yang diperlukan ini.
Pemohon hendaklah memenuhi setiap butiran seperti dibawah :
- NO. KAD PENGENALAN
- NAMA PENUH
- TARIKH LAHIR
- JANTINA
- HUBUNGAN
- PEKERJAAN
- dan menekan butang HANTAR.
6. Hantar Permohonan
Setelah pemohonan anda SELESAI mengemaskini maklumat tanggungan, pemohon boleh menekan butang LANGKAH 3 – HANTAR PERMOHONAN BANTUAN.
Pemohon boleh membuat semakan permohonan anda dengan menekan butang SEMAKAN BANTUAN.
Baca Juga : Bantuan Kanak-kanak JKM – Maksimum RM1,000 Untuk Setiap Keluarga Sebulan
Maklumat Lanjut
Hubungi talian hotline ini :
012-518 3614 / 012- 512 7614 (Kuala Lumpur)
011 – 5949 6216 / 011 – 6303 8443 (Putrajaya)
013 – 8516066 (Labuan)
Layari laman rasmi MAIWP : https://www.maiwp.gov.my/i/index.php/en/
Related Posts
- Program Selangor Saring : Bantuan Pengesanan Awal Penyakit
- Jom Mohon Bantuan Khas Anak Istimewa Selangor (ANIS) Sehingga 31 Mei 2022
- Permohonan Rayuan Bantuan Keluarga Malaysia Sehingga 2 Jun 2022
- Permohonan Program TVET Tahfiz MARA 2022 Khas Bagi Pelajar Tahfiz
- Jom Mohon Skim Pembiayaan Rumah Pertama Anda BSN MyHome/i