Home » Bantuan » Bantuan Warga Emas RM500 Sebulan – Mohon Untuk Ibu Bapa

Bantuan Warga Emas RM500 Sebulan – Mohon Untuk Ibu Bapa

Bantuan Warga Emas RM500 atau dikenali sebagai BWE ini merupakan satu inisiatif khas yang diwujudkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat untuk membantu golongan warga emas yang memerlukan. Portal Malaysia akan kongsikan kepada pembaca info lengkap & panduan lanjut mengenai bantuan ini.

Permohonan Bantuan Warga Emas 2021

Tujuan bantuan ini dilaksanakan adalah untuk meneruskan kelangsungan kehidupan seharian dalam komuniti di Malaysia. Dan juga mengurangkan beban kehidupan yang ditanggung.

Kadar Bantuan

Kadar bantuan untuk Bantuan Warga Emas (BWE) ini adalah sebanyak RM500 sebulan.

Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join WhatsApp Rasmi Bantuan Kerajaan :
Klik Sini

Syarat Kelayakan

Berikut adalah kriteria kelayakan khusus untuk bantuan ini :

  1. Warganegara yang tinggal di Malaysia;
  2. Warge emas yang berumur 60 tahun dan ke atas sahaja;
  3. Pendapatan hendaklah tidak melebihi PGK (Pendapatan Garis Kemiskinan);
  4. Tidak tinggal di Institut kendalian JKM atau pusat jagaan harian
  5. Atau mana-mana kes yang berkeperluan akan dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.

Cara Permohonan Bantuan Warga Emas Online

Permohonan bantuan kewangan RM500 ini, perlu dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/ Jajahan/ Bahagian di setiap negeri di Malaysia.

  1. Sila muat turun (download) & isi Borang JKM di pautan berikut :
    JKM 18 Borang Permohonan Bantuan
    JKM 20 Borang Kaji Semula Bantuan
  2. Bawa dokumen sokongan dan salinan kad pengenalanan pemohon, suami/ isteri/ ibu/ bapa/ anak yang tinggal bersama.
  3. Bawa juga salinan sijil kelahiran anak-anak atau ahli keluarga lain yang tinggal bersama, salinan penyata gaji (kalau ada) serta dokumen-dokumen lain yang berkaitan.
  4. Dan hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/ Jajahan/ Bahagian di kawasan berdekatan anda.

Untuk alamat pejabat JKM Negeri, sila klik di pautan berikut : Klik Sini

Untuk alamat pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah pula, Klik Sini.

Alang-alang anda nak pergi ke Pejabat JKM untuk mohon bantuan, anda juga boleh mohon sekali Bantuan Kanak-kanak JKM. Maksimum RM1,000 sebulan untuk setiap keluarga.

Semakan Bantuan Warga Emas

Semakan kelayakan untuk bantuan warga emas ini perlu dibuat secara online/ atas talian.

Anda boleh buat semakan permohonan di http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp

Sila masukkan Nombor Kad Pengenalan & klik butang semak.

Info Lanjut

Untuk maklumat lanjut & seabrang pertanyaan mengenai Bantuan JKM ini, sila hubungi JKM di talian berikut :

Telefon : 03-8000 8000

Berapakah bantuan kewangan untuk warga emas JKM?

Mereka yang layak akan dapat RM500 sebulan.

Apakah syarat kelayakan?

Warganegara yang tinggal di Malaysia dan berpendapatan tidak melebihi PGK.

Bagaimanakah cara permohonan?

Sila download dan isi borang yang disediakan. Kemudian hadir ke pejabat JKM berdekatan.

Sumber : Kerajaan

 

Penafian – Semua artikel admin kongsikan diatas sekadar panduan dan rujukan ringkasan yang related dengan “Bantuan Warga Emas RM500 Sebulan – Mohon Untuk Ibu Bapa” sahaja. kami tidak ada sebarang kaitan dengan government agency atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, segala hebahan berasaskan sumber rasmi dan betul-betul sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Would you like to receive notifications on latest updates? No Yes