- 1.1Kshares
- Telegram
- Facebook Messenger
Bantuan warga emas ini merupakan program khas yang telah diperkenalkan oleh kerajaan pada tahun lalu dan masih dikekalkan sehingga kini. Untuk makluman, program bantuan khas tersebut adalah di bawah kelolaan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (JKM).
Bantuan Kewangan RM350 Untuk Seluruh Isi Keluarga Di Malaysia – Mohon Sekarang!
BKK 2023 : Bantuan Kanak-Kanak Di Malaysia Akan Terima Bayaran RM200 Sehingga RM1000 ~ Mohon Sini Sekarang!!
BANTUAN WARGA EMAS (BWE 2022)
Untuk pengetahuan umum, program ini dilaksanakan bagi membantu warga emas yang kurang berkemampuan dari segi kewangan. Dengan bantuan ini sedikit sebanyak dapat membantu meneruskan kelangsungan hidup dalam masyarakat disamping meringankan beban yang ditanggung.
Jika anda terlepas, terdapat lebih banyak inisiatif yang diberikan oleh kerajaan untuk mereka yang memerlukan tahun ini. Untuk menyemak senarai bantuan yang tersedia, sila pergi ke halaman utama telah disediakan – DI SINI
SYARAT KELAYAKAN BWE 2022
Di bawah telah disediakan syarat kelayakan bagi permohonan bantuan warga emas yang perlu diketahui seperti berikut:
- Bantuan ini hanya terbuka kepada Warganegara Malaysia sahaja
- Pemohon merupakan individu yang berumur 60 tahun dan keatas
- Tidak menetap di mana-mana Institusi kendalian pihak JKM atau pusat jagaan harian
- Pendapatan tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK)
- Mana-mana kes yang berkeperluan layak untuk dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.
KADAR BANTUAN BWE
Pada tahun 2022, pihak JKM telah menetapkan kadar bantuan khas adalah sebanyak RM 500 sebulan bagi setiap individu yang layak.
PANDUAN PERMOHONAN BWE
Sekiranya anda mempunyai ahli keluarga atau kenalan yang merupakan warga emas yang layak mendapat bantuan ini. Panduan permohonan telah disediakan di bawah.
Untuk memohon bantuan daripada JKM, anda perlu hadir ke pejabat kebajikan masyarakat daerah / jajahan / bahagian di negeri anda
Pemohon hendaklah menyediakan dokumen sokongan serta salinan kad pengenalan pemohon dan ahli keluarga yang tinggal bersama.
BORANG PERMOHONAN
Sila pastikan borang permohonan anda lengkap semasa hadir ke pejabat kebajikan masyarakat bagi memudahkan proses permohonan. Untuk menyemak alamat pejabat JKM mengikut senarai negeri – SEMAK DISINI
MAKLUMAT LANJUT
Untuk sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui lebih terperinci berkenaan bantuan warga emas ini, anda boleh hubungi talian khas pihak Jabatan Kebajikan Masyarat di – 03 8000 8000.