Bantuan Warga Emas JKM Untuk Kelangsungan Hidup


Bantuan Orang Tua (BOT) atau Bantuan Warga Emas JKM ini diberikan kepada warga emas untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.

Bantuan ini telah dinaikan daripada RM350 kepada RM500 bermula tahun 2021.

Baca juga:

Kadar Bantuan:


Kadar bantuan yang akan diberikan adalah sebanyak RM500 sebulan seorang.

Syarat Kelayakan:


Berikut adalah syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan:

  1. Pemohon mestilah seorang warganegara dan bermastautin di Malaysia.
  2. Pemohon mestilah warga emas berumur 60 tahun dan ke atas.
  3. Pendapatan Isi Rumah pemohon mestilah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata  Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata  Miskin Per Kapita Semasa.
  4. Pemohon mestilah bukan warga emas yang tinggal di:
  • Institusi kendalian JKM.
  • Pusat jagaan harian/ berkediaman yang memberi kemudahan/ perkhidmatan secara percuma.
  • Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.

Cara Permohonan:


Berikut adalah langkah-langkah untuk memohon:

Langkah 1: Layari laman sesawang JKM.

Langkah 2: Klik pada butang ‘Daftar Permohonan.’

Langkah 3: Masukkan negeri tempat tinggal dan no kad pengenalan.

Langkah 4: Setelah selesai, klik butang ‘Daftar.’

Nota: Dalam 14 hari, sila ke Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat yang berhampiran.

Dokumen Sokongan:


Berikut adalah dokumen sokongan yang diperlukan:

  • 1 Salinan kad pengenalan diri pemohon.
  • 1 Salinan kad pengenalan suami/isteri/ibu/bapa/anak yang tinggal bersama.
  • 1 Salinan sijil kelahiran anak-anak/ahli keluarga yang tinggal bersama
  • 1 Salinan penyata gaji (jika ada)
  • Lain-lain dokumen yang berkaitan.

Maklumat Lanjut:


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM) di talian 03-8000 8000.




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3