Skim Kumpulan Wang Amanah Kontraktor (SKWAK) merupakan bantuan wang pendahuluan kepada kontraktor Bumiputera Gred G1 hingga G5 untuk memulakan kerja kontak/ Inden kerja yang berbentuk pinjaman tanpa faedah untuk kontraktor Bumiputera yang mendapat kerja kontrak Persekutuan.
Bantuan SKWAK ini adalah bertujuan untuk membantu para kontaktor Bumiputera mendapatkan modal bagi memulakan projek supaya meningkat maju. Baca perkongsian di bawah untuk para usahawan Bumiputera bagi membuat permohonan pinjaman dari tabung SKWAK untuk memulakan projek masing- masing :
Syarat Kelayakkan Skim Kumpulan Wang Amanah Kontraktor
Bagi anda yang ingin mendapatkan Skim Kumpulan Wang Amanah Kontraktor (SKWAK) ini, anda perlu memenuhi syarat kelayakan dan kriteria seperti dibawah :
Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
✅Kontraktor mestilah dari Gred G1 hingga G5 yang berdaftar dengan CIDB
✅Memiliki SIjil Taraf Bumiputera (STB) yang masih aktif
✅Projek yang dilaksanakan mestilah bernilai tidak melebihi RM 5.0 juta
✅Modal dan tenaga pengurusan dimiliki dan dikuasai oleh Bumiputera 100%
✅Bagi kontraktor dari Gred G2 – G5 akan menerima SST daripada JKR bagi kerja-kerja Persekutuan sahaja dan nilai kerja yang tertakluk kepada had nilai menender
✅Bagi kontraktor dari Gred G1 akan menerima inden kerja daripada Jkr bagi kerja-kerja Persekutuan sahaja dan nilai bagi satu-satu kerja hendaklah lebih daripada RM100,000.00 dan tempoh siap kerja hendaklah tidak kurang daripada 8 minggu
✅Tidak menerima wang pendahuluan atau pinjaman dari mana-mana institusi kewangan
✅Subkontaktor tidak layak memohon, kecuali subkontraktor yang dinamakan NSC
✅Mempunyai rekod kerja yang baik serta tidak terlibat dengan tindakan kesusahan berat kerana berhutang
Syarat Pinjaman
Dibawah ialah syarat-syarat pinjaman yang ditetapkan untuk membuat pinjaman SKWAK :
🧾Permohonan yang telah diluluskan layak menerima pinjaman sebanyak 25% daripada Nilai Kerja Pembina atau Nilai Inden
🧾Pinjaman yang telah lulus hendaklah digunakan khusus untuk perbelanjaan yang berkaitan dengan kerja-kerja kontrak
🧾Pinjaman yang diberikan adalah untuk satu kerja sahaja pada sesuatu masa
🧾Kerja-kerja kontrak yang berkenaan haruslah diuruskan oleh peminjam dan tidak boleh sama sekali menyerahkan kerja-kerja tersebut kepada pihak lain
🧾Nilai pinjaman yang diagihkan adalah sekurang-kurangnya 30% kepada pembekal Bumiputera
Cara Buat Permohonan
Bagi anda yang ingin membuat permohonan Skim Kumpulan Wang Amanah Kontraktor(SKWAK), dibawah kami kongsikan panduan tentang cara membuat permohonan Skim tersebut :
✏️Untuk mendapatkan borang permohonan, anda boleh mendapatkannya daripada BKPU Cawangan Negeri; atau
✏️Borang permohonan juga boleh dibuat secara online dan muat turun borang di laman web medac (muat turun borang)
✏️Anda perlu sertakan sekali dokumen sokongan untuk setiap permohonan seperti yang dinyatakan di dalam borang permohonan dan kemukakan kepada BPKU Cawangan Negeri untuk diproses
✏️Hanya dokumen lengkap diterima sahaja akan diproses permohonannya
✏️Kelulusan pinjaman adalah tertakluk kepada keputusan Mesyuarat Jawatankuasa
Dokumen Diperlukan
Di bawah ialah senarai dokumen-dokumen skongan yang diperlukan dan disertakan sekali dengan borang permohonan :
📁Borang permohonan pinjaman yang telah lengkap diisi
📁Surat Setuju Terima Tender (LA), bagi kontrak dimana pinjaman pendahuluan diperlukan atau Inden Kerja
📁Ringkasan tender
📁Surat Daftar Perniagaan (Borang A/B jika urusniaga kepunyaan perseorangan/perkongsian; atau Borang 24,
📁Borang 29, 44 jika urus niaga jenis Sdn. Bhd.)
📁Borang Pendaftaran Syarikat SSM (Borang D untuk milikan tunggal; Borang 9 untuk jenis Sdn. Bhd)
📁Sijil Pendaftaran Kontraktor dari CIDB
📁Sijil Taraf Bumiputera dari BPKU
📁Carta organisasi syarikat dan lampiran tapak projek yang telah diluluskan oleh JKR
📁Salinan penyata bulanan akaun bank bagi tiga (3) bulan terakhir
📁Salinan penyata akaun tahunan syarikat yang terkini setelah diaudit dan disahkan oleh Pendaftar Syarikat
📁Membuat akuan sumpah di hadapan Pesuruhjaya Sumpah atau Hakim Mahkamah Sesyen bahawa pemohon tidak ada menerima pinjaman kewangan dari bank/agensi lain
FAQ
Berapakah nilai pinjaman SKWAK?
Merupakan bantuan wang pendahuluan kepada usahawan Bumiputera di mana kontraktor gred G1 sehingga G5 yang mendapat kontrak kerja Persekutuan daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) layak memohon berdasarkan syarat yang ditetapkan
Merupakan bantuan wang pendahuluan kepada usahawan Bumiputera di mana kontraktor gred G1 sehingga G5 yang mendapat kontrak kerja Persekutuan daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) layak memohon berdasarkan syarat yang ditetapkan
Jumlah pinjaman SKWAK tertakluk kepada maksimum 25% daripada Nilai Kerja Pembina Nilai Kerja Pembina (Builder’s Work) didefinisikan sebagai Nilai Kontrak Kerja ditolak (-) (Wang Peruntukan Sementara + Kos Prima + amaun jumlah Surat Ikatan Penyerahan Hak Kontraktor yang ditandatangani oleh kontraktor tersebut).
Bagaimanakah pengagihan dana SKWAK dilaksanakan?
30% daripada nilai pinjaman yang diluluskan akan diagihkan kepada pembekal/vendor Bumiputera yang berdaftar dengan BPKU.
Bagaimanakah cara pembayaran balik pinjaman SKWAK?
Bayaran balik pinjaman akan dibuat dengan kerjasama JKR berdasarkan potongan daripada bayaran interim atau kemajuan projek kontraktor.
Siapakah yang memantau prestasi peminjam SKWAK?
Pemantauan kemajuan fizikal kerja dan prestasi pembayaran SKWAK dipantau oleh wakil BPKU di peringkat Negeri bersama-sama dengan Pegawai Penyelia projek melalui mesyuarat tapak.
Apakah kesan jika GAGAL membuat bayaran balik pinjaman SKWAK?
Sekiranya peminjam gagal menyelesaikan pinjaman, Sijil Taraf Bumiputera yang dikeluarkan oleh BPKU dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan yang dikeluarkan oleh CIDB akan ditarik balik.