Portal 1Malaysia
Portal 1Malaysia
Portal 1Malaysia

Cara Mohon Bantuan Usahawan Mikro Dan Cottage Sabah Dapat RM1000

by portalmalaysia
July 9, 2021
in Bantuan, Permohonan
A A

Baru-baru ini negara kita Malaysia telah diserang wabak Covid-19 sehingga tercetusnya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lebih kurang selam 3 bulan yang mengakibatkan semua operasi perlu ditutup dan masyarakat perlu duduk dirumah sahaja bagi membanteras wabak ini.

Oleh kerana itu, ekonomi telah terkesan dan mencetuskan krisis.  Kerajaan Negeri sabah telah menawarkan bantuan dalam “Sabah New Deal” yang bernilai Rm240 juta bagi membantu rakyat Sabah dan memulih seta menyuburkan kembali sektor-sektor ekonomi yang terjejas.

Daripada jumlah peruntukan di bawah Sabah New Deal ini, sebanyak RM20 juta disalurkan kepada Kementerian Perdagangan dan Perindustrian Sabah untuk membantu Usahawan Mikro dan Cottage di Negeri Sabah.

Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini

Baca perkongsian di bawah untuk maklumat terperinci tentang perkara tersebut dan cara untuk membuat permohonan :

Senarai Kandungan

  • Kumpulan Sasar
  • Syarat Permohonan
  • Tarikh Tutup 
  •  Cara Mohon 
  • Maklumat Lanjut

Kumpulan Sasar

Lihat Juga  Jadual Pembayaran BKM 2022 - Isi Rumah & Bujang

Untuk bantuan yang diperuntukkan ini, Kerajan Negeri Sabah telah membuat kumpulan sasar supaya lebih mudah. Di bawah ialah kumpulan sasar tersebut :

🎯Usahawan Mikro & Cottage khususnya yang mengeluarkan produk-produk makanan di luar bandar yang berskala kecil

🎯Produk-produk lain yang ditentukan oleh Jawatankuasa Bantuan Geran Mikro & Cottage

 

Jumlah Bantuan dan Kaedah Bayaran

💰Jumlah bantuan yang akan diberikan adalah sebanyak RM1000 tunai sahaja yang akan memanfaat setaip pemohon yang diluluskan oleh Jawatankuasa Bantuan Geran Mikro dan Cottage dalam aspek modal pusingan, pemprosesan, penyimpanan, pembungkusan serta pelabelan, logistik dan pemasaran atas talian

💰Kaedah pembayaran adalah bayaran terus ke akaun bank usahawan yang telah diluluskan oleh Jawatankuasa Bantuan Geran Mikro dan Cottage

Syarat Permohonan


Bagi rakyat Sabah yang telah terkesan oleh wabak covid-19 yang berlaku dan ingin membuat permohonan bantuan ini bagi menstabilkan keadaan, anda perlu memenuhi syarat permohonan seperti di bawah :

Lihat Juga  Skim Zakat Bantuan Deposit Sewa Rumah dan Sewa Rumah Bulanan

✅Usahawan mikro dan cottage di luar bandar yang berskala kecil dengan jumlah jualan tahunan tidak melebihi RM50,000.

✅Pemohon mestilah seorang warganegara Malaysia berasal dari Sabah dan beroperasi di Sabah.

✅Bantuan ini khusus untuk usahawan Mikro dan Cottage yang sudah beroperasi dan sedang menghasilkan produk & perkhidmatan sahaja.

✅Mempunyai Lesen Perniagaan atau surat pengesahan rasmi daripada Pengerusi MPKK, mengenai perusahaan atau aktiviti pengeluaran atau perkhidmatan yang sedang dijalankan.

✅Mengisi dengan lengkap borang permohonan Bantuan Geran Mikro & Cottage secara atas talian, melalui emel atau menghantar borang yang telah dilengkapkan ke pejabat DIDR.

✅Menyertakan salinan kad pengenalan, lesen perniagaan atau surat pengesahan Pengerusi MPKK yang disahkan dan gambar-gambar produk dan aktiviti pengeluaran serta salinan muka depan buku bank yang mengandungi butiran peribadi pemohon seperti yang tertera pada kad pengenalan pemohon.

Lihat Juga  BKM Tambahan Fasa 2 | Tambahan Sehingga RM100 untuk Isi Rumah & Bujang

✅Keutamaan adalah diberi kepada pengusaha yang belum mendapat Bantuan IKS (BAIKS)

✅Bantuan ini tidak merangkumi Petani, Penternak dan Nelayan

Tarikh Tutup 


Cepat dapatkan peluang bantuan ini sebagai bantuan kepada anda kerana tempoh permohonan bermula dari :

⏰20hb Julai 2020 hingga 31hb Ogos 2020

 Cara Mohon 


Bagi anda yang ingin membuat permohonan bantuan Usahawan Mikro dan Cottage ini, anda boleh ikuti langkah di bawah :

0️⃣1️⃣Sila layari ke laman web rasmi Didr Sabah

0️⃣2️⃣ Klik pada permohonan online dan ikuti langkah seterusnya

Maklumat Lanjut


Semoga perkongsian di atas memberi manfaat dan membantu kepada rakyat Sabah yang telah terkesan akibat wabak Covid-19. Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut anda boleh hubungi atau rujuk di :

Urusetia Bantuan SND UMC

☎️ (088)225 445 / 225 590 / 225 443

📧 [email protected]

Source: didr.sabah.gov.m
No Result
View All Result
  • About Us
  • Contact Us
  • Data Protection Notice
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Sitemap Portal Malaysia
  • Term & Condition

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3

  • 204shares
  • Telegram
  • WhatsApp
  • Facebook Messenger
  • Facebook
  • 204shares
  • 140
  • 53
  • 0
  • Facebook
  • Facebook Messenger
×