Bantuan Tunai Covid-19 RM500 Untuk Anak Yatim


Ketika pembentangan belanjawan Negeri Selangor 2022, ketua Menteri Besar iaitu Datuk Seri Amirudin Shari, jumlah keseluruhan belanjawan 2022 bagi negeri itu adalah sebanyak RM2.34 bilion.

Daripada jumlah itu, sebanyak RM1.2 bilion atau 52 peratus diperuntukkan bagi Perbelanjaan Mengurus, manakala RM1.1 bilion atau 48 peratus bagi Perbelanjaan Pembangunan.

Bantuan Anak Yatim Covid-19 merupakan salah satu inisiatif yang terkandung dalam pembentangan Belanjawan Negeri Selangor pada November lalu. Ianya bertujuan bagi menyantuni golongan ini agar dapat meneruskan kehidupan dengan baik dan sempurna.

Melalui pembentangan belanjawan tersebut, golongan anak yatim di negeri tersebut tidak terkecuali bagi mendapatkan manfaat pada tahun hadapan di mana, mereka yang berkelayakan akan menerima bantuan kewangan secara tunai setiap seorang pada tahun 2022 nanti.


Kadar Bayaran:

Kerajaan negeri Selangor telah bersetuju akan memberi bantuan kewangan sebanyak RM500 (setiap seorang).

Cara Permohonan:

Buat masa ini, sebarang makluman mengenai PERMOHONAN / KELAYAKAN / SEMAKAN bagi Bantuan Anak Yatim Covid-19 ini masih belum dimaklumkan secara rasmi. Pihak kami akan maklumkan sekiranya ada info mengenainya.

Lain-lain Bantuan:

Beberapa inisiatif bantuan yang akan diberikan kepada rakyat Selangor pada tahun 2022 antaranya adalah :

  1. Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS)
    • RM300 sebulan / RM3,600 setahun.
  2. Skim Mesra Usia Emas (SMUE)
    • RM100 baucar beli-belah pada bulan kelahiran.
    • RM500 khairat kematian.
  3. Iltizam Anak Selangor
    • RM100 setahun pembukaan sijil SSPN PRIME bagi anak yang baru lahir di negeri Selangor.
  4. Bantuan Anak Yatim COVID-19
    • RM500 setiap anak.
  5. Inisiatif Wanita Berdaya Selangor
    • Biasiswa RM200,000 setahun melibatkan kerjasama Universiti Terbuka Malaysia, khusus untuk mereka di pelbagai peringkat kepimpinan dan lapangan.

Maklumat Lanjut:

Maklumat lanjut berkaitan bantuan lain yang diumumkan ketika pembentangan Belanjawan Selangor 2022 di artikel berikutnya.

Disclaimers – Bahan artikel kami share diatas merupakan panduan tutorial dan ringkasan yang berkaitan dengan “Bantuan Tunai Covid-19 RM500 Untuk Anak Yatim” sahaja. kami tidak ada sebarang kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, semua rujukan berasaskan sumber official dan sahih sahaja.



APDM
EOperasi KPM Login
ESPKWS KPM Login
mybsn
Semakan KWSP 2.0
BKM 2022
SPLKPM
PTPTN Login 2022
Penyata Gaji
SPA9
Doa Buka Puasa
Doa Dhuha
MySalam
KWSP 2.0 10k upu online