Bantuan Telefon Pintar Percuma B40 – Cara Permohonan & Semakan Status

Permohonan Bantuan Telefon Pintar Percuma B40 2021. Tahukah anda? YTL Foundation dengan kerjasama YES & FrogAsia telah melancarkan Bantuan Telefon Pintar Percuma khas kepada pelajar sekolah rendah dan menengah yang tergolongan dalam golongan B40. Portal Malaysia akan kongsikan kepada anda cara permohonan dan semakan dalam artikel ini.

Baca Juga : Bantuan Prihatin Rakyat BPR – Bantuan Kewangan B40

Permohonan Bantuan Telefon Percuma Pelajar B40

contoh bantuan telefon pintar percuma kad sim

Program bantuan ini merupakan inisiatif anjuran Yayasan YTL Foundation dan pelajar yang berkelayakan akan diberikan Telefon Bimbit B40 Percuma berserta kad SIM YES 4G yang dilengkapi dengan 120GB data (10GB/ sebulan).

Cara Memohon Bantuan Telefon Pintar Percuma B40

Sebelum mencalonkan murid, guru perlu pastikan murid anda adalah dalam kalangan B40.

Berikut adalah beberapa perkara yang anda perlukan sebelum memohon :

1. Dapatkan kebenaran daripada ibubapa murid berkenaan, dan dapatkan maklumat berikut :

  • Nombor MyKid/ MyKad murid
  • Nombor Kad Pengenalan IbuBapa
  • Status B40 ibubapa *(maklumat BPN)

* Contoh di bawah. Sertakan tangkapan skrin berikut sebagai bukti :

contoh maklumat bpn

2. Jika anda ingin memohon secara online, pemohonperlu daftarkan nama & isi maklumat peribadi yang diperlukan. Klik borang di bawah :

Borang Permohonan Bantuan telefon percuma B40 (1)

Untuk maklumat anda, ibubapa yang berpendapatan rendah (B40) juga boleh memohon Bantuan Laptop Percuma.

Cara Semak Kelayakan Status Bantuan Telefon Pintar YTL


Bagi mereka yang telah membuat permohonan, sila semak status permohonan anda secara online seperti berikut :

1. Semak secara online di https://lcs.yes.my.

2. Masukkan nombor kad pengenalan anda untuk pengesahan.

3. Status kelayakan anda akan dipaparkan.

4. Setelah permohonan anda berjaya, anda akan dapat notifikasi melalui email anda.

telefon-pintar-percuma-emel notifikasi (1)

Semoga berjaya dalam permohonan anda di Portal Rasmi ini. Sila sebarkan bantuan telefon YTL PERCUMA dan smartphone FREE yang ditawarkan oleh sektor swasta ini. Rugi kalau tidak tuntut bantuan ini, sudah ramai yang berjaya CLAIM!

bukti ramai dah dapat bantuan telefon percuma (1)

 

Soalan Lazim (FAQ)

[sc_fs_multi_faq headline-0=”h4″ question-0=”Bilakah tarikh tutup untuk permohonan bantuan telefon pintar percuma ini?” answer-0=”Tarikh akhir untuk permohonan ini adalah pada 30 June 2021.” image-0=”” headline-1=”h4″ question-1=”Adakah perlu dipulangkan semula telefon pintar percuma ini?” answer-1=”Tidak perlu. Bantuan ini adalah khas untuk pelajar B40. ” image-1=”” headline-2=”h4″ question-2=”Telefon pintar percuma ini boleh diguna untuk membuat panggilan?” answer-2=”Ya boleh. Pelajar boleh buat panggilan percuma selama 60 minit sah selama 12 bulan. ” image-2=”” headline-3=”h4″ question-3=”Telefon pintar percuma ini ada data internet percuma?” answer-3=”Ya, anda akan dibekalkan sekali dengan data internet percuma sebanyak 120 GB selama 12 bulan.” image-3=”” count=”4″ html=”true” css_class=””]

Maklumat Lanjut

Jika anda mempunyai masalah & mempunyai pertanyaan lanjut mengenai Bantuan B40 ini, sila hubungi :

YTL Foundation (421570-A)

Level 32, Menara YTL,
205, Jalan Bukit Bintang,
55100 Kuala Lumpur, Malaysia

Emel: [email protected]
Tel: +603 2038 0888
Fax: +603 2038 0388


Leave a Comment

Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3