Home » Bantuan » Cara Mohon Bantuan Telefon & Internet Untuk Rakyat Malaysia

Cara Mohon Bantuan Telefon & Internet Untuk Rakyat Malaysia

Bantuan Telefon & Internet 2021

Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) telah mengumumkan bantuan peranti mudah alih dan internet untuk rakyat Malaysia iaitu Pakej Remaja Keluarga Malaysia Dan Peranti Keluarga Malaysia.

Bantuan ini bertujuan untuk memastikan setiap rakyat mempunyai akses internet pada kos yang murah terutamanya bagi golongan pelajar dan remaja serta mereka yang berpendapatan rendah.

Portal Malaysia akan kongsikan maklumat lanjut mengenai bantuan ini dan cara-cara untuk membuat permohonan.

Pakej Remaja Keluarga Malaysia

Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join WhatsApp Rasmi Bantuan Kerajaan :
Klik Sini

Pakej Remaja Keluarga Malaysia merupakan sebuah pakej prabayar khusus kepada golongan remaja dan pelajar termasuk pascasiswazah.

Melalui pakej ini, mereka akan menikmati internet dengan bayaran hanya RM10 sebulan (dibayar RM30 untuk 3 bulan) bagi menikmati data sebanyak 20GB untuk 3 bulan. Ditambah lagi dengan 1GB percuma setiap hari selama 3 bulan (90GB) untuk aktiviti produktiviti.

Untuk data 20GB tersebut, mereka boleh menggunakannya untuk aktiviti seperti penghantaran mesej, melayari internet, memuat turun video, permainan dalam talian dan aktiviti berbentuk hiburan.

Manakala untuk data 1GB percuma setiap hari, ia boleh digunakan untuk pembelajaran atas talian serta aktiviti bekerja dari rumah.

Baca juga: Musaadah Tijariyyah 2.0 : Permohonan Bantuan Modal Perniagaan RM3,000

Pakej Peranti Keluarga Malaysia

Pakej Peranti Keluarga Malaysia adalah sebuah pakej yang membolehkan rakyat Malaysia memiliki atau menaik taraf kepada peranti mudah alih dan VoLTE secara percuma.

Peranti ini boleh dimiliki dengan langganan serendah RM40 sebulan dengan kontrak selama 12 hingga 24 bulan dan tertakluk kepada jenis peranti dan perkhidmatan yang dilanggan.

Menerusi pakej ini, pengguna juga akan menikmati 1GB data percuma untuk aktiviti produktiviti.

Tarikh Membuat Permohonan

Bantuan ini akan mula dibuka pada 15 Oktober 2021 hingga 15 April 2022.

Baca juga: Bantuan Warga Emas RM500 Sebulan – Mohon Untuk Ibu Bapa

Cara Membuat Permohonan

Untuk membuat permohonan, orang ramai perlu berhubung dengan syarikat komunikasi yang terlibat dalam pelaksaan kedua-dua pakej ini

Pengguna yang layak boleh melanggan kedua-dua pakej ini dengan mendaftar kad pengenalan yang sama.

Berikut adalah senarai syarikat komunikasi yang terlibat:

  • Maxis
  • Digi
  • Celcom
  • TM [Peranti] [Internet]
  • UMobile
  • YTL

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut mengenai bantuan ini, anda boleh KLIK SINI ataupun layari laman web rasmi Kementerian Komunikasi & Multimedia Malaysia di https://www.kkmm.gov.my/

Penafian – Bahan artikel admin share diatas merupakan panduan tutorial dan ringkasan artikel berkaitan dengan “Cara Mohon Bantuan Telefon & Internet Untuk Rakyat Malaysia” sahaja. portalamalaysia tidak ada kaitan dengan government agency atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan berasaskan sumber rasmi dan sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Would you like to receive notifications on latest updates? No Yes