Terdapat bantuan tambahan khas e-Wallet untuk bujang B40 dan M40 berjumlah RM 200.
TAHUN BANTUAN 2023
Pelbagai jenis bantuan telah dan akan diagihkan pada tahun ini. Salah satunya ialah bantuan khas bujang B40 dan M40 atau lebih dikenali sebagai e-Pemula RM 200.
e-PEMULA 2023
e-Pemula 2023 adalah bantuan kerajaan yang diberikan secara kredit dan tidak boleh ditukar kepada wang tunai ringgit. Pelaksanaan bantuan ini bukanlah sesuatu yang asing kerana ia telah diberikan sejak 2021.
Mohon juga : Permohonan Rumah PPR Untuk Disewa Tahun 2023 Hanya RM170 – RM220 Sebulan Sahaja!
Baca juga : Bantuan RM500 Untuk Rakyat Malaysia ~ Semak Kelayakan Anda Sekarang!
Tujuan utama pemberian bantuan secara kredit adalah untuk menggalakkan orang ramai membuat pembelian secara kredit kerana ia lebih mudah dan selamat.
JUMLAH BANTUAN E-PEMULA 2023
Pemberian kredit e-Wallet 2023 bagi tahun 2021 dan 2022 berjumlah RM 150. Namun berita baik untuk rakyat, jumlah bantuan ini dinaikkan kepada RM 200 seorang mulai tahun ini.
Sebelum ini, kategori belia M40 tidak menerima bantuan e-Dompet ini. Tetapi untuk tahun ini, golongan tersebut tidak lagi terpinggir dan akan menerima bantuan RM 100.
SYARAT KELAYAKAN
Ini adalah syarat kelayakan untuk e-Pemula 2023 yang dinyatakan,
- Diberikan kepada belia dan bujang berumur 18 hingga 20 tahun
- Juga diberikan kepada setiap pelajar Malaysia yang bergelar pelajar di mana-mana Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)
- Kumpulan di atas akan menerima bantuan sebanyak RM 200
Manakala bagi kategori M40 pula adalah seperti berikut
- Diberikan kepada belia M40 dengan jumlah pendapatan kurang RM 100 ribu setahun
- Kumpulan ini menerima bantuan sebanyak RM 200
CARA MEMBUAT TEBUS
Kaedah penebusan bantuan adalah sama seperti tahun lepas 2021 dan 2022, anda perlu memuat turun satu daripada empat aplikasi di bawah
- ShopeePay
- BigPay
- Touch N Go eDompet
- GrabPay
Sila sahkan butiran anda dengan memuat naik butiran Kad Pengenalan yang sah.
TARIKH BAYARAN BANTUAN KHAS INI
Tarikh pembayaran bantuan khas ini belum diumumkan setakat ini. Dijangka pembayaran akan diumumkan pada pertengahan tahun ini.