Bantuan Takaful Perlindungan Kesihatan Percuma


MySalam merupakan sebuah inisiatif skim takaful perlindungan kesihatan percuma yang diberikan oleh kerajaan.

Tujuan adalah untuk memberikan perlindungan takaful kepada individu yang layak untuk menerima manfaat skim Perlindungan Masyarakat MySalam melalui Tabung Amanah Mysalam dan membantu golongan miskin yang memerlukan bantuan bagi mengatasi masalah kewangan apabila mereka mengalamai masalah seperti pelbagai jenis penyakit kronik dan kritikal.

Baca juga:

Manfaat Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH)


  1. Penyakit yang kritikal akan menerima bantuan RM8,000 + Hospitalisasi untuk maksimum selama 14 hari.
  2. Kuarantin daripada rumah sahaja tetapi anda semua masih boleh untuk melakukan penebusan. Contoh tempoh 10 hari (RM50X10) = RM500. (Tempoh minimum tebus 1 hari dan maksimum tebus adalah selama 14 hari).

Syarat Kelayakan:

Berikut adalah syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan:

  1. Pemohon mestilah berumur antara 18 hingga 65 tahun dan pasangan.
  2. Pemohon mestilah bujang berumur antara 40 hingga 65 tahun.
  3. Pemohon mestilah berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun.
  4. Individu OKU yang berumur antara 18 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun.

Cara Permohonan:

Berikut adalah langkah-langkah untuk memohon:

Sebelum anda membuat penebusan Mysalam, pastikan anda melakukan semakan terlebih dahulu sama ada anda layak untuk menerima bantuan ataupun tidak. Berikut kami kongsikan cara untuk anda melakukan semakan MySalam.

Langkah 1: Layari laman sesawang mySalam.

Langkah 2: Masukkan nombor kad pengenalan.

Langkah 3: Klik pada pautan “semak”.

Langkah 4: Keputusan layak atau tidak.

Cara Tuntutan:

Secara Online:

Langkah 1: Log masuk ke dalam portal mySalam.

Langkah 2: Jika anda belum mendaftar mySalam sila daftar terlebih dahulu. Sila klik LOG MASUK KALI PERTAMA dan ikuti langkah seperti yang diarahkan.

Langkah 3: Setelah selesai mendaftar, dia akan meminta pengesahan nombor telefon. Jika nombor telefon anda sudah tidak boleh digunakan, sila hubungi talian bantuan untuk pihak mereka lakukan reset kata laluan. Selepas itu, anda boleh masukkan kata laluan anda yang baru.

Langkah 4: Sila kemaskini profile anda.

Langkah 5: Selepas kemaskini profile, sila klik TUNTUTAN > PENYERAHAN TUNTUTAN > TUNTUTAN HOSPITALISASI > MASUKKAN TARIKH MULA DAN TAMAT KUARANTIN > PILIH NON PANEL UNTUK (NAMA HOSPITAL) > MUAT NAIK COPY IC > MUAT NAIK BORANG ANNEX 14&17.

Langkah 6: Klik hantar.

Langkah 7: Sila tunggu jawapan dan keputusan. Mereka akan maklumkan kemudian.

Secara Manual:

Langkah 1: Anda boleh pergi ke mana-mana kiosk mySalam.

Langkah 2: Bawa bersama salinan kad pengenalan dan borang annex14&17. Untuk kawasan Labuan, kiosk mySalam berada di Hospital Nukleusb (bersebelahan dengan mesin ATM Bank Rakyat).

Langkah 3: Serahkan segala dokumen diperlukan untuk pihak mereka masukkan dalam sistem (key-in).

Langkah 4: Bagi kawasan lain, boleh hubungi nombor di bawah ini untuk ketahui lebih lanjut lokasi kiosk mySalam di kawasan anda.

Maklumat Lanjut:

Untuk maklumat lanjut, sila layari portal mySalam atau hubungi di talian 1-300-88-8938.


Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3