Home » Permohonan » Bantuan Tab Percuma di Bawah Pakej PerantiSiswa untuk Pelajar IPT B40 – BELANJAWAN 2022

Bantuan Tab Percuma di Bawah Pakej PerantiSiswa untuk Pelajar IPT B40 – BELANJAWAN 2022

Bantuan dari Kerajaan Malaysia berupa sebuah Tab percuma untuk pelajar institut pengajian tinggi B40.

Melalui hebahan media terkini dari Suruhanajaya Komunikasi dan MultiMedia (SKMM), kerajaan melalui Pakej PerantiSiwa Keluarga Malaysia yang diumumkan dalam Bajet 2022 akan bermula pada suku kedua 2022 yang memperuntukkan sebuah tablet kepada pelajar IPT yang berstatus B40.

SKMM yang akan membantu dalam proses pelaksanaan Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia untuk ianya lebih lancar dan juga bersama data jalur lebar mudah alih yang lengkap.

Apa itu PerantiSiswa Keluarga Malaysia?

Pakej ini adalah sebuah inisiatif Kerajaan bersama syarikat telekomunikasi yang terpilih dalam membekalkan peranti tersebut.

Didalam pakej ini, kerajaan memperuntukkan sejumlah RM450 juta di samping komitmen setiap syarikat telekomunikasi yang terbabit menyumbang kira-kira RM65 juta.

Program ini yang akan berlangsung pada tahun hadapan akan memberi manfaat dalam 600,000 pelajar di seluruh Negara.

Pakej ini mempunya terma dan syarat yang akan ditetapkan nanti.

Pelajar yang bagaimana akan layak?

Pelajar IPT sepenuh masa yang berstatus dari keluarga B40 layak untuk menerima tawaran ini.

Syarikat Telekomunikasi Yang Terlibat

Syarikat telekomunikasi yang terlibat pada masa ini adalah :

  • Celcom Axiata Berhad (Celcom)
  • Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi)
  • Maxis Berhad (Maxis)
  • U Mobile Sdn Bhd (U Mobile)
  • Telekom Malaysia Berhad (TM)
  • YTL Communications Sdn Bhd (YES)

Tarikh untuk Mendaftar atau Memohon

Pendaftarkan dijangka akan dibuka bermula suku kedua 2022 iaitu diantara bulan April – Jun.

Maklumat lanjut akan dikemaskini setelah ianya tersedia.

Maklumat Lanjut untuk Pakej PerantiSiwa Keluarga Malaysia

Anda boleh rujuk kenyataan media melalui lampiran dibawah:

 

Disclaimers – Bahan yang admin share dihalaman ini sekadar tutorial dan ringkasan artikel related dengan “Bantuan Tab Percuma di Bawah Pakej PerantiSiswa untuk Pelajar IPT B40 – BELANJAWAN 2022” ini sahaja. kami tidak ada sebarang kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan berpandukan sumber official dan betul-betul sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Would you like to receive notifications on latest updates? No Yes