Bantuan Suri Rumah, Jom Mohon i-Suri KWSP 2022 Bantuan RM480


Apakah Itu i-Suri KWSP?

i-Suri merupakan produk dari KWSP yang telah diperkenalkan selaras dengan Manifesto Kerajaan iaitu untuk mewujudkan caruman KWSP kepada suri rumah.

Siapakah Yang Boleh Mencarum

Terdapat dua orang pencarum yang layak iaitu :

  • Diri sendiri (isteri)
  • Suami kepada pasangan yang layak

Baca Juga: Mohon Bantuan Kerajaan RM1,000


Syarat Kelayakan

  1. Warganegara Malaysia
  2. Golongan suri rumah yang berdaftar dalam Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (eKasih) setakat 30 November 2021
  3. Belum mencapai umur 55 tahun
  4. Mencarum sekurang-kurangnya RM5 sebulan atau RM60 setahun ke dalam akaun KWSP
  5. Isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR)/Wanita (KIR)

Cara Pendaftaran

Jika anda dapat memenuhi syarat kelayakan yang diberikan serta ingin mendaftar insentif i-Suri KWSP, anda perlu hadir ke mana-mana cawangan KWSP berdekatan.

Sila bawa Mykad serta dua borang seperti berikut. Muat turun borang pendaftaran dibawah :

Borang i-Suri : KWSP 16G (M) (Pendaftaran kali pertama sahaja)


Borang i-Suri : KWSP 6A (2) (Semasa pembayaran)

Jumlah Bantuan

Sebanyak RM480 akan diberikan kepada suri rumah yang layak untuk setahun.

Had Bayaran

Berikut adalah had bayaran minimum dan maksimum jika anda daftar dalam i-suri


  • Minimum (RM sahaja) – Tiada had
  • Maksimum (RM sahaja) – RM60,000 setahun untuk semua Caruman Sukarela (Caruman Pilihan Sendiri, i-Saraan, Kasih Suri Keluarga Malaysia KWSP, Caruman Simpanan Tambahan – berkuat kuasa Januari 2013)

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut berkenaan i-Suri Boleh Layari www.kwsp.gov.my atau hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan (03-89226000)

Untuk maklumat berkenaan kelayakan insentif, sila layari www.kpwkm.gov.my atau hubungi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (03-80008000)




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3