Berita baik khas untuk suri rumah di Malaysia. Suri rumah kini boleh pilih untuk mencarum kepada KWSP dengan insentif istimewa di bawah program i-Suri.
Program khas daripada KWSP ini bertujuan untuk mengiktiraf sumbangan para suri rumah kepada ahli keluarga dan pembangunan negara.
Banyak manfaat yang anda akan dapat jika anda carum i-Suri ini.
Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan :
Klik Sini
Kriteria Kelayakan
Berikut adalah syarat kelayakan bersama untuk pendaftaran i-Suri KWSP:
- Warganegara Malaysia
- Berumur bawah 60 tahun
- Suri rumah berdaftar yang telah didaftarkan dalam Pangkalan Data Kemiskinan Negara (eKasih) setakat 30 November 2019.
- Mencarum sekurang-kurangnya RM5/bulan atau RM60/tahun ke dalam akaun KWSP
- Isteri kepada Ketua Isi Rumah
Faedah Mencarum I-Suri
Berikut disenaraikan adalah kelebihan i-Suri KWSP:
- Menerima insentif khas daripada kerajaan minimum RM40 sebulan tertakluk kepada jumlah maksimum RM480 setahun.
- Terima dividen tahunan KWSP
- Bantuan Khairat Kematian: RM2500
Cara Permohonan
Pendaftaran program ini boleh dibuat dengan hanya pergi ke cawangan KWSP berhampiran tempat anda dan bawa bersama borang permohonan yang dimuat turun melalui pautan berikut:
- MyKad
- Borang Permohonan KWSP i-Suri 16G (M) (Pendaftaran Kali Pertama Sahaja)
- Borang KWSP i-Suri 6A (2) (Semasa Pembayaran)
Insentif Daripada Kerajaan
Penerimaan insentif khas daripada kerajaan ini hanya akan dibayar apabila anda memenuhi syarat berikut:
- Isteri Ketua Isi Rumah (KIR) yang daftar dalam sistem E-Kasih, atau;
- Wanita KIR berstatus balu, tidak pernah berkahwin atau bercerai yang berdaftar dalam eKasih.
- Belum 60 tahun
- Terdapat caruman sukarela yang dibuat ke dalam akaun KWSP ahli sekurang-kurangnya RM5/bulan atau RM60/tahun ke dalam akaun KWSP
Info Maklumat Tambahan
Bagi suri rumah, anda hanya dibenarkan memilih satu insentif pada satu masa, sekiranya anda telah mendaftar dengan Insentif Persaraan (i-Saraan), anda perlu membatalkannya terlebih dahulu sebelum membuat permohonan baru untuk i-suri.
Untuk info lebih lanjut mengenai i-Suri KWSP anda boleh layari laman web
https:www.kwsp.gov.my/