Bantuan Subsidi Yuran Taska Asuh Pintar 2022 Selangor


Skim Bantuan Asuh Pintar dibawah Yayasan Warisan Anak Selangor  (YAWAS) telah menyediakan subsidi yuran bagi Taska yang berdaftar dibawah Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM100 kepada pemohon yang layak.

Melalui skim baru ini, ibu bapa yang memenuhi syarat kelayakan akan menerima bantuan yuran TASKA atau Nurseri anak-anak mereka yang berusia 4 tahun ke bawah. Bantuan yuran akan dibayar terus kepada TASKA atau Nurseri.

Baca juga:

Tarikh Tutup Permohonan:

Permohonan Skim Bantuan Asuhan Anakku Pintar akan dibuka setiap bulan dan ditutup pada 15 haribulan untuk setiap bulan.

Syarat Kelayakan:

Berikut merupakan syarat kelayakan untuk memohon:

  1. Pemohon mestilah seorang warganegara Malaysia.
  2. Pemohon mestilah lahir serta menetap di Selangor.
  3. Pemohon mestilah berpendapatan isi rumah kurang dari RM5,000.
  4. Pemohon mestilah suami dan isteri bekerja.
  5. Pemohon mestilah mempunyai anak berumur empat tahun ke bawah.
  6. Terhad kepada dua anak sahaja.
  7. Taska berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
  8. Pemohon mestilah pengundi berdaftar di Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia.

Senarai dan Borang Tadika Berdaftar:

Berikut merupakan senarai tadika yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat:

Senarai Tadika

Borang Pendaftaran Taska

Cara Permohonan:

Berikut merupakan cara untuk memohon bantuan subsidi skim asuhan anak pintar:

Langkah 1: Layari laman sesawang Permohonan Asuh Pintar.

Langkah 2: sila klik pendaftaran baru.

Langkah 3: Isi maklumat yang diperlukan.

Langkah 4: Lampirkan dokumen sokongan.

Langkah 5: Klik daftar.

Dokumen Sokongan:

Berikut merupakan dokumen sokongan yang diperlukan untuk memohon:

  1. 1 cetakan borang pendaftaran online.
  2. 1 salinan sijil kelahiran anak yang dipohon.
  3. 1 salinan IC Ibu.
  4. 1 salinan IC Bapa
  5. 1 salinan slip gaji ibu (pengesahan pendapatan bagi yang bekerja sendiri atau tidak bekerja / suri rumah)
  6. 1 salinan slip gaji bapa (pengesahan pendapatan bagi yang bekerja sendiri atau tidak bekerja)
  7. 1 salinan cop pengesahan mastautin (bagi bukan kelahiran Selangor)
  8. 1 salinan pengesahan pendaftaran SPR bagi ibu dan bapa.

*Dokumen hendaklah dihantar dalam tempoh 2 minggu dari tarikh pendaftaran online dilakukan ke alamat berikut:

Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS),
Aras 5, Kompleks Generasi Muda & Sukan Negeri Selangor,
Lot 4, Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7,
Persiaran Kayangan, 40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan
No Tel 03-5481 8800


Maklumat Lanjut:

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian 03-54818800 atau layari laman sesawang portal Skim Bantuan Asuhan Anakku Pintar.

Disclaimers – Semua yang admin kongsikan diatas merupakan tutorial dan rujukan artikel berkaitan dengan “Bantuan Subsidi Yuran Taska Asuh Pintar 2022 Selangor” ini sahaja. portalamalaysia tidak ada sebarang kaitan dengan government agency atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, segala hebahan berpandukan sumber official dan betul-betul sahih sahaja.



Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Portal Malaysia