Bantuan STR BSN Telah Dikreditkan – Bank Lain Semak Sini

Bantuan STR BSN telah dikreditkan bermula pada hari ini. Pengeluaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 2 2023 akan dibayar bermula pada 5 April 2023.

Berikut adalah lebih banyak perkongsian tentang STR 2023.

Bantuan STR BSN Telah Dikreditkan - Bank Lain Semak Sini 1

Sumbangan Tunai Rahmah 2023


STR 2023 merupakan bantuan tahunan yang diperuntukkan oleh kerajaan kepada rakyat yang dahulunya dikenali sebagai BSH, BPN, BPR dan BKM.

Pembayaran tunai yang diperkenalkan oleh kerajaan terdahulu akan diteruskan dan dipercepatkan pada April ini. Ini adalah kerana untuk memudahkan rakyat Malaysia menyambut sambutan Aidil Fitri pada tahun ini.

Perdana menteri berkata pemberian tunai itu akan memanfaatkan hampir 9 juta penerima dengan jumlah peruntukan RM2 bilion.

STR BSN


Pembayaran untuk Fasa 2 STR telahpun bermula pada hari ini. Lebih awal pada tarikh asal.

Kebanyakkannya adalah mereka yang mempunyai akaun bank BSN.

Bank lain akan masuk secara berperingkat, mohon bersabar.

Untuk memudahkan urusan anda kelak, sila daftar MyBSN online segera.

Bantuan STR BSN Telah Dikreditkan - Bank Lain Semak Sini 2

Jumlah Keseluruhan Pembayaran STR Fasa 2


Jumlah bayaran untuk Fasa 2 Sumbangan Tunai Rahmah adalah seperti berikut:

Kategori Isi Rumah


  • Pendapatan Bulanan RM2500 dan ke bawah: RM200
  • Pendapatan bulanan RM2500 – RM5000 : RM200

Kategori Warga Emas Sebatang Kara 60 tahun ke atas


  • Pendapatan bulanan RM5000 dan ke bawah: RM100

Bujang 21-59 Tahun


  • Pendapatan RM2500 dan ke bawah: RM100

Bujang OKU berumur 19-59 tahun


  • Pendapatan bulanan RM2500 dan ke bawah : RM100

Semakan STR


Semakan status permohonan STR fasa 2 kini boleh dilakukan melalui pautan berikut:
https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Di bawah adalah cara semakan yang mudah :

  1. Klik log masuk MySTR
  2. Masukkan nombor Mykad pemohon
  3. Pengesahan kata laluan keselamatan
  4. Maklumat status permohonan dan semakan akan dipaparkan
  5. Klik menu Semakan Pembayaran Fasa 1
  6. Masukkan kata laluan

Maklumat Lanjut


Sebarang pertanyaan mengenai permohonan dan rayuan STR anda boleh hubungi :


Leave a Comment

Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3