Home » Bantuan » Cara Mohon Bantuan RM60,000 Skim Pinjaman Perumahan (SPP), Bina Rumah Atas Tanah Sendiri

Cara Mohon Bantuan RM60,000 Skim Pinjaman Perumahan (SPP), Bina Rumah Atas Tanah Sendiri

Skim Pinjaman Perumahan (SPP), Bantuan Sehingga RM60,000

Ada di antara anda yang memiliki tanah persendirian  tetapi tidak mempunyai kos belanja untuk mendirikan sebuah rumah akibat wang simpanan tidak mencukupi.

Oleh itu, kerajaan telah bersetuju untuk menyediakan Skim Pinjaman Perumahan bagi golongan berpendapatan rendah.

Skim Pinjaman Perumahan (SPP) ini juga bertujuan bagi membantu kepada mereka yang berpendapatan rendah untuk memiliki rumah pertama mereka sendiri.

Portal Malaysia ingin berkongsi syarat-syarat Skim Pinjaman Perumahan (SPP) ini.

Syarat Kelayakan Permohonan :

  • Pemohon dan pasangan adalah warganegara Malaysia
  • Berumur 21 sehingga 71 tahun
  • Bekerja & mempunyai pendapatan
  • Bukan kakitangan kerajaan atau pesara kerajaan
  • Belum mempunyai rumah
  • Jumlah pendapatan kasar isi rumah di antara RM 1,000.00 hingga RM 3,000.00 sebulan
  • Memiliki tanah sendiri atau milik ahli keluarga

Baca Juga : Program Prihatin Kasih – Bantuan RM100 Sebulan Untuk 3 Bulan

Syarat Pinjaman :

  • Had pinjaman maksimum RM 60,000 (tidak termasuk perlindungan insurans)
  • Tempoh maksimum bayaran balik pinjaman 35 tahun atau sehingga umur 70 tahun.
  • Caj perkhidmatan 2% ke atas pinjaman
  • Perlu mengambil perlindungan insuran yang disediakan oleh Panel Insurans

Syarat Pembinaan Rumah :

  • Rumah kos rendah  dengan Keluasan lantai 700- 1,000 kaki persegi, sekurang-kurangnya 3 bilik tidur dan 2 bilik air, ruang tamu dan dapur
  • Perlu mengikut pelan yang disediakan Jabatan Perumahan Negara sahaja
  • Perumahan tidak boleh menggunakan pelan anda sendiri
  • Mendapatkan kelulusan Pelan Bangunan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) jika diperlukan
  • Kontraktor tempatan mengikut kawasan DUN
  • Mempunyai Pendaftaran Syarikat atau Perakuan Pendaftaran CIDB yang masih sah
  • Memiliki punca kewangan yang mencukupi dengan had minima kewangan adalah RM 5,000
  • Kontraktor memiliki pengkhususan kerja berkaitan bidang pembinaan rumah

Baca Juga : KITA Selangor 2.0: Permohonan ANIS Bantuan Khas OKU RM500

Maklumat Lanjut & Pertanyaan
 
BAHAGIAN PENGURUSAN PERUMAHAN
JABATAN PERUMAHAN NEGARA
KEMENTERIAN KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN
ARAS 30, NO 51 PERSIARAN PERDANA PRESINT 4, 62100 PUTRAJAYA

Disclaimers – Semua artikel portalamalaysia kongsikan dihalaman ini merupakan panduan dan rujukan yang berkaitan dengan “Cara Mohon Bantuan RM60,000 Skim Pinjaman Perumahan (SPP), Bina Rumah Atas Tanah Sendiri” sahaja. portalamalaysia tidak ada sebarang kaitan dengan government agency atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, semua hebahan berpandukan sumber official dan sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!