Skim Rawatan Jantung Negeri Selangor menawarkan khidmat rawatan jantung secara percuma kepada golongan berpendapatan rendah B40 mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri.
Baca juga: Tuntut Pampasan Penerbangan Yang Ditunda & Dijadual Semula
Syarat Kelayakan Dan Kriteria
Terdapat dua kategori kriteria permohonan iaitu :
KATEGORI A :
Ahli Iltizam Selangor Sihat (Dahulu dikenali sebagai Skim Insurans Peduli Sihat).
- Warganegara Malaysia ; Lahir atau telah menetap atau bermastautin di Negeri Selangor sekurang-kurangnya 10 tahun.
- Merupakan pengundi berdaftar di Negeri Selangor.
- Pendapatan isi rumah bawah RM3,000 sebulan.
- Mekanisme Rujukan Pesakit (Referral Mechanism).
- Klinik Panel Iltizam Selangor Sihat/SELCARE atau Hospital Kerajaan.
- Had pembiayaan :
- Saringan Jantung.
- Prosedur Rawatan Pembedahan (Rujuk Lampiran 1).
- Rawatan Susulan (maksimum 2 kali).
- Maksimum had rawatan adalah sebanyak RM50,000.00 sahaja .
KATEGORI B :
Bukan Ahli Iltizam Selangor Sihat (Dahulu dikenali sebagai Skim Insurans Peduli Sihat) dan Pendapatan isi rumah bawah RM8,000 sebulan.
- Warganegara Malaysia ; Lahir atau telah menetap atau bermastautin di Negeri Selangor sekurang-kurangnya 10 tahun.
- Merupakan pengundi berdaftar di Negeri Selangor.
- Pendapatan isi rumah bawah RM8,000 sebulan.
- Mekanisme Rujukan Pesakit (Referral Mechanism).
- Kelulusan khas oleh EXCO (Kesihatan), Kerajaan Negeri Selangor.
- Had pembiayaan :
- Prosedur Rawatan Pembedahan (Rujuk Lampiran 1)
- Rawatan Susulan (maksimum 2 kali)
- Maksimum had rawatan adalah sebanyak RM50,000.00 sahaja.
Cara Mohon
KATEGORI A
- Pemohon merupakan ahli aktif berdaftar dibawah Skim Iltizam Selangor Sihat
- Pesakit perlu mendapatkan pemeriksaan dan surat rujukan dari Klinik Panel atau hospital kerajaan
- Permohonan boleh dihantar melalui emel ke [email protected] dengan tajuk PERMOHONAN SKIM RAWATAN JANTUNG SELANGOR KATEGORI A.
- Pemohon wajib mengepilkan dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan.
- Sekiranya permohonan diluluskan, pemohon akan dimaklumkan melalui emel atau panggilan telefon.
- Pesakit perlu membawa Kad penenalan bagi mendapatkan rawatan. (GL akan dihantar ke Panel Hospital).
KATEGORI B
- Pemohon perlu memuat turun borang permohonan di laman sesawang https:// iltizamselangorsihat.com/cvs.htm
- Permohonan boleh dihantar melalui emel ke SELCARE atau email ke [email protected] dengan tajuk PERMOHONAN SKIM RAWATAN JANTUNG SELANGOR KATEGORI B.
- Pemohon wajib mengepilkan dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan.
- Sekiranya permohonan diluluskan, pemohon akan dimaklumkan melalui emel atau panggilan telefon
Cara Semak Status
Hubungi SELCARE di talian 1-800-22-6600.
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan mengenai Bantuan Skim Rawatan Jantung Selangor 2022, sila hubungi ;
- No Telefon : 1-800-22-6600
- No Faks : 03 – 5525 690
- Emel : [email protected]
- Website : https://pedulisihat.com