Bantuan skim Cakna Suri merupakan inisiatif kerajaan negeri berjumlah RM200 yang diberikan kepada golongan memerlukan secara one-off. Untuk makluman umum, permohonan bantuan khas ini masih dibuka sehingga tarikh tutup 31 Januari 2023.
BANTUAN SKIM CAKNA SURI PADA TAHUN 2023
Untuk makluman, program skim cakna suri ini telah diperkenalkan pada tahun 2020 oleh kerajaan negeri. Skim khas ini masih relevan dan berterusan sehingga tahun ini.
Mohon juga : TERKINI : Permohonan Bantuan SMIS RM150 Hingga RM500 Kini Dibuka Pada Tahun 2023!
Pelaksanaan skim bantuan ini adalah sebagai tanda penghargaan kepada suri rumah dengan insentif tunai RM200 yang diberikan secara one-off (sekali bayar) pada tahun ini.
CARA MEMOHON SKIM CAKNA SURI
Bagi suri rumah yang berkelayakan, permohonan boleh dibuat untuk mendapatkan insentif khas RM200. Pemohon perlu mengisi maklumat lengkap dalam borang permohonan skim cakna suri 2023. Borang permohonan boleh dimuat turun – DI SINI
Pemohon hendaklah melampirkan salinan kad pengenalan dan pengesahan nombor akaun. Selepas borang permohonan dilengkapkan dan diisi, borang tersebut berserta dokumen penting hendaklah dihantar melalui pos atau dihantar terus ke alamat di bawah.
- Pusat Pembangunan Keluarga Mawaddah Kelantan (pusat mawaddah),
- stesen bas kota bharu, lot 259, seksyen 11,
- Jalan pendek, 15000 Kota bharu.
TARIKH PERMOHONAN
Untuk pengetahuan umum, permohonan bantuan skim cakna suri one-off RM200 ini akan ditutup pada 31 Januari 2023 iaitu hari Selasa. Untuk menyemak kelayakan permohonan, sila rujuk di bawah.
SYARAT KELAYAKAN SKIM CAKNA SURI
Berikut telah disediakan syarat kelayakan yang telah ditetapkan untuk mendapatkan skim cakna suri RM200 seperti di bawah:
- Rakyat Malaysia
- Pemohon adalah suri rumah sepenuh masa berumur 54 tahun ke bawah
- Mempunyai 2 atau lebih anak tanggungan
- Pemohon adalah warganegara negeri Kelantan
- Pendapatan bulanan isi rumah di bawah RM2,000.
Untuk makluman, bantuan skim tumpang ini terbuka kepada rakyat negeri Kelantan sahaja. Bagi suri rumah yang tinggal di negeri Kelantan, anda boleh dapatkan insentif istimewa ini.