Home » Bantuan » SIP Prihatin 2.0 : Bantuan Khas RM300 Elaun Mencari Pekerjaan

SIP Prihatin 2.0 : Bantuan Khas RM300 Elaun Mencari Pekerjaan

SIP Prihatin 2.0 2021 Bantuan Khas RM300 Elaun Mencari Pekerjaan

SIP Prihatin telah diumumkan dalam pakej Pelan Perlindungan Rakyat & Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) khas buat rakyat Malaysia yang sedang mencari pekerjaan.

Pekerja sektor tidak formal, graduan & lepas sekolah boleh memohon Elaun Mencari Pekerjaan (SIP Prihatin 2.0) selama tempoh mencari pekerjaan.

Portal Malaysia ingin berkongsi Bantuan Khas RM300 Elaun Mencari Pekerjaan.

Apakah SIP Prihatin 2021?

SIP Prihatin ialah bantuan kewangan khas kepada individu yang hilang pekerjaan & masih belum bekerja sepanjang tempoh pandemik.

Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM150 juta untuk menjayakan program ini.

Dalam program SIP Prihatin 2.0, ianya adalah elaun mencari pekerjaan bagi tempoh 2 bulan khas untuk mereka yang tidak dilindungi di bawah PERKESO & juga individu yang sedang menganggur & masih aktif mencari pekerjaan.

Baca Juga: Cara Mohon Skim Rumah Mesra Rakyat (RMR) SPNB 2021

Permohonan SIP Prihatin

Untuk membuat permohonan SIP ini, anda terlebih dahulu perlu memenuhi syarat kelayakan permohonan dibawah:

Syarat Kelayakan

Syarat – syarat kelayakan utnuk permohonan SIP Prihatin adalah seperti berikut:

  1. Individu yang hilang pekerjaan & tidak dilindungi di bawah PERKESO (Sistem Insurans Pekerjaan)
  2. Sedang menganggur
  3. Berdaftar & aktif mencari pekerjaan melalui MyFutureJobs.
  4. Menghadiri temu duga sekurang-kurangnya 6 temuduga dalam tempoh 2 bulan.

Untuk menerima elaun ini, anda perlu mendaftar pekerjaan dalam sistem MyFutureJobs terlebih dahulu.

Permohonan atas talian telah pun dibuka pada tarikh 15 Julai 2021.

Baca Juga: Bantuan Orang Tua – Permohonan Bantuan RM500 Sebulan

Semakan Kadar Elaun Mencari Pekerjaan

Kadar elaun akan diberi mengikut kategori seperti berikut:

Aktiviti Carian Pekerjaan

  1. Menghadiri temu duga terbuka (fizikal atau dalam talian).
  2. Kembali bekerja dalam tempoh menerima insentif bulan pertama.

Jumlah Aktiviti Setiap Bulan

  1. 3 temuduga dalam tempoh 30 hari x 2 bulan.
  2. Sekurang-kurangnya 1 temu duga dalam tempoh menerima elaun mencari pekerjaan.

Jumlah Insentif

  1. Layak menerima insentif RM300 x 2 bulan.
  2. Layak menerima RM400 secara one-off.
  • Hadir temu duga terbuka – 6 temu duga dalam tempoh 2 bulan = Layak menerima RM300 x 2 bulan
  • Kembali kerja dalam tempoh insentif bulan pertama – Ada sekurang-kurangnya 1 temu duga = Layak menerima RM400 secara one-off

Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join WhatsApp Rasmi Bantuan Kerajaan :
Klik Sini

Daftar MyFutureJobs

Oleh itu, untuk melayakkan diri anda dapat elaun SIP ini, sila daftar dahulu di portal mencari kerja MyFutureJobs.

Langkah- langkah pendaftaran adalah seperti berikut:

  1. Layari laman web rasmi https://www.myfuturejobs.gov.my/ms/halaman-utama/
  2. Sila tekan pada pautan ‘Jobseeker Sign in’ atau ‘Register Here’ jika anda pengguna pertama kali.
  3. Isikan maklumat peribadi anda dengan tepat.
  4. Sila log masuk semula & cari pekerjaan berdasarkan bidang kerjaya yang anda inginkan.
  5. Sila hadir ke temuduga jika anda berjaya melepasi tapisan kelayakan untuk bekerja.

Maklumat Lanjut

Jika ada sebarang pertanyaan lanjut tentang SIP Prihatin ini, boleh hubungi terus di talian Careline PERKESO :

Penafian – Semua yang kami share diatas sekadar tutorial dan rujukan ringkasan artikel berkaitan dengan “SIP Prihatin 2.0 : Bantuan Khas RM300 Elaun Mencari Pekerjaan” ini sahaja. portalamalaysia tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, semua hebahan berasaskan sumber rasmi dan betul-betul sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!