Bantuan Semester Pertama Pelajar IPT Negeri Johor


Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) menawarkan Skim Bantuan Zakat untuk pendaftaran pelajar IPT untuk pendidikan dalam negara.


Permohonan bantuan ini dibuka untuk anak-anak negeri Johor yang berkelayakan.

Baca juga:

Tarikh Permohonan Dibuka:

Permohonan dibuka bermula 1 September sehingga 30 September 2022.


Kadar Bantuan:

  • Sijil : RM300.
  • Diploma (semester pertama) : RM500.
  • Ijazah Sarjana Muda (semester pertama) : RM1,000.

Syarat Kelayakan:

Berikut adalah syarat kelayakan untuk memohon:

  1. Pemohon mestilah seorang warganegara Malaysia.
  2. Pemohon mestilah seorang anak kelahiran negeri Johor dan menetap di Johor.
  3. Pemohon mestilah berusia 18 tahun ke atas.
  4. Pemohon mestilah bermastautin di negeri Johor sekurang-kurangnya 5 tahun.
  5. Pemohon mestilah telah mendapat surat tawaran dari institusi pengajian tinggi tempatan.
  6. Pendapatan keluarga pemohon mestilah tidak melebihi RM500 (setiao tanggungan termasuk ketua keluarga).

Cara Permohonan:

Berikut adalah langkah-langkah untuk memohon:

Langkah 1: Layari laman sesawang portal Sistem eMAIJ (Bantuan IPT Dalam Negara).


Langkah 2: Lengkapkan borang permohonan.

Langkah 3: Lampirkan dokumen sokongan yang diperlukan.

Langkah 4: Hantar permohonan.


Dokumen Sokongan:

Berikut adalah dokumen sokongan untuk dilampirkan bersama borang permohonan:

  1. 1 Salinan kad pengenalan pemohon.
  2. 1 Salinan kad pengenalan ibu bapa pemohon.
  3. 1 Salinan kad pengenalan atau sijil kelahiran semua tanggungan.
  4. 1 Salinan slip gaji atau borang pengesahan pendapatan.
  5. 1 Salinan surat tawaran IPT.
  6. 1 Salinan sijil akedemik.
  7. 1 Salinan sijil berhenti sekolah.
  8. 1 Salinan dokumen yuran pendaftaran.
  9. 1 Keping gambar passport.

Maklumat Lanjut:

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang portal eMAIJ atau hubungi di talian 07 228 2929 | 2937 | 2941 | 2926.




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3