Home » Bantuan » Bantuan Selangor Bangkit (BSB) Untuk Mangsa Banjir

Bantuan Selangor Bangkit (BSB) Untuk Mangsa Banjir

Kerajaan Selangor akan mula mengagihkan bantuan RM1,000 menerusi insiatif Selangor Bangkit kepada lebih 9,000 keluarga terjejas akibat banjir, seawal hari ini, 26 Disember 2021.

Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata pemberian secara berperingkat itu akan dimulakan dengan kategori pertama iaitu mangsa yang dipindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) awam di bawah kendalian kerajaan negeri dan Persekutuan.

Selain itu, kerajaan negeri juga akan mengenal pasti ahli keluarga yang meninggal dunia disebabkan banjir untuk mengagihkan bantuan RM10,000 menerusi inisiatif sama.

 

Jenis Mangsa Banjir:

 

  1. Berada di Pusat Pemindahan Sementara.
  2. Berada di Pusat Pemindahan Sementara Swasta.
  3. Tidak berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara.

Jenis Bantuan Selangor Bangkit:

i) RM 10,000.

  • Setiap keluarga mangsa banjir yang meninggal dunia di Selangor.
  • Setiap keluarga sukarelawan / ahli NGO yang meninggal dunia semasa membantu mangsa banjir.
  • Setiap keluarga petugas agensi Kerajaan Negeri yang meninggal dunia semasa membantu mangsa banjir.

ii) RM 1,000.

  • Kepada setiap keluarga mangsa banjir di Selangor.

Lokasi & Jenis Pendaftaran:

i) Pusat Pemindahan Sementara yang masih beroperasi.

Adakah Anda Penerima Bantuan? Jika Ya, Sila Like Page Ini Dahulu.
  • Dilaksanakan berperingkat mulai Rabu (29/12/2021).
  • Menggunapakai senarai nama yang disahkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat serta Pengurus PPS.
  • Tidak perlu sediakan dokumen tambahan.

ii) Pusat Sehenti (OSC) yang akan ditetapkan oleh Pejabat Daerah dan Tanah.

  • Khusus untuk mangsa yang telah berpindah keluar dari PPS ke rumah masing-masing.

iii) Rumah ke Rumah.

  • Bermula secara berperingkat mulai 3 Januari 2022.
  • Lokaliti kawasan akan ditentukan oleh Pejabat Daerah & Tanah.
  • Dibantu oleh Pejabat Parlimen, Pusat Khidmat DUN & Penyelaras DUN, Ahli Majlis, Ketua Kampung.
  • Pasukan sukarelawan seperti Team Selangor & SERVE.

iv) Dalam Talian (Online).

  • Hotline dan laman web rasmi akan diumumkan.
  • Bermula pertengahan Januari 2022.

Dokumen Sokongan:

Bagi yang tidak berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara, mohon lampirkan dokumen berikut:

  1. Dokumen Pengenalan Diri seperti Kad Pengenalan, Lesen Memandu, Pasport (bagi yang kehilangan dokumen, permohonan ganti boleh dibuat di kaunter PDRM di OSC).
  2. Pengesahan oleh SALAH SATU dari Ketua Kampung ATAU Penghulu ATAU Ahli Majlis ATAU Ketua Persatuan Penduduk ATAU yang setara dengannya.
  3. TIDAK PERLU Gambar & Laporan Polis.

Maklumat Lanjut:

Untuk maklumat lanjut, sila dapatkan info dan borang permohonan bantuan, anda boleh dapatkan Pejabat Parlimen di tempat anda.

Disclaimers – Bahan artikel kami kongsikan dihalaman ini merupakan panduan tutorial dan ringkasan yang related dengan “Bantuan Selangor Bangkit (BSB) Untuk Mangsa Banjir” sahaja. portalamalaysia tidak ada kaitan dengan government agency atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, semua rujukan berasaskan sumber official dan sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!