Home » Bantuan » Bantuan Sardin Portal Malaysia

Bantuan Sardin Portal Malaysia

Bantuan Sardin Portal Malaysia merupakan satu inisiatif daripada Portal Malaysia khas untuk rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan bekalan makanan.

Bantuan sardin ini dilancarkan bagi keluarga yang terkesan dalam keadaan pandemik dan ekonomi yang agak meruncing ketika ini.

Alhamdulillah, terdapat beberapa hamba Allah yang yang berbesar hati untuk menyumbang dan menderma sardin-sardin ini.

Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan di
https://t.me/bantuankerajaan

Sebelum ini Portal Malaysia juga ada membuat inisiatif Bantuan Susu Formula BSF yang sudah pun diagihkan secara berperingkat kepada keluarga yang memerlukan.

BSPM Bantuan Sardin Portal Malaysia

Untuk permulaan, bantuan sardin ini akan diagihkan secara berperingkat. Mereka yang terpilih akan menerima 7 bungkus 425g sardin yang akan bertahan selama 1 -2 minggu.

Bantuan akan diberikan dalam bentuk produk dan akan diposkan selepas pihak kami memproses permohonan.

bantuan sardin

Siapakah Yang Layak Menerima Bantuan Sardin?

Rakyat Malaysia B40 yang terkesan dengan pandemik.

Cara Mohon BSPM

Bagi mereka yang memerlukan anda boleh mohon dengan cara berikut:

1. Klik Borang Permohonan di bawah.

2. Isikan maklumat lengkap dalam borang.

Borang Permohonan

 

Klik borang permohonan dan isi borang permohonan. Kemudian pihak kami akan proses permohonan dan menyediakan bantuan untuk dipos ke alamat yang diberikan. Itu sahaja.

Maaf, pihak kami tidak dapat memberi bantuan dalam bentuk wang ringgit.

Mohon Juga : Program Prihatin Kasih

Info Tambahan

Semoga kita semua sama-sama dapat melawan pandemik ini dan jangan pernah berputus asa. Ayuh sama-sama bertahan! InsyaAllah lagi 6 bulan kita akan bebas daripada pandemik ini.

Portal Malaysia menjemput portal-portal lain untuk kongsikan artikel ini dan berharap agar portal-portal lain juga dapat membuat sumbangan bersasar supaya kita dapat membantu lebih ramai lagi masyarakat majmuk Malaysia.

Doakan juga team Portal Malaysia berjaya & dimurahkan rezeki. Amin.

Disclaimers – Semua artikel kami share dihalaman ini merupakan tutorial dan rujukan ringkasan artikel related dengan “Bantuan Sardin Portal Malaysia” sahaja. kami tidak ada sebarang kaitan dengan government agency atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan berpandukan sumber official dan sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!