Bantuan Sara Diri Sebanyak Rm300 Tahun 2023

Melalui beberapa usaha kerajaan dalam membantu rakyat yang sentiasa memerlukan perhatian dan bantuan bagi meneruskan kehidupan seperti biasa.

Pelbagai jenis bantuan khas kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri dan antaranya adalah Bantuan Sara Hidup (BSH) RM300 setiap bulan yang diberikan oleh pihak Kerajaan kepada mereka yang berkelayakan.

Bantuan Sara Hidup ( BSH )


Bantuan Sara Hidup (BSH) adalah bantuan kewangan bulanan yang diberi kepada Veteran ATM yang bertujuan untuk meringankan beban sara hidup harian bagi semua veteran.

BSH adalah sebuah bantuan bulanan sebanyak RM300 yang diperkenalkan oleh pihak Kerajaan melalui Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV).

Setiap permohonan yang diluluskan akan berkuatkuasa selama tiga (3) tahun dari bulan pertama pembayaran pertama dibuat. Permohonan akan dinilai semula dalam tempoh tiga (3) tahun tersebut untuk memastikan sama ada Veteran ATM atau penerima BSH itu masih layak diteruskan bayaran atau sebaliknya.

Untuk makluman , Veteran ATM juga boleh mengemukakan permohonan untuk melanjutkan bayaran BSH sekurang-kurangnya enam (6) bulan sebelum tamat tempoh tiga (3) tahun itu.

Syarat Kelayakan :


  • Veteran ATM:
    • Bekas anggota tetap Angkatan Tentera Malaysia;
    • Bekas Tentera British yang berkhidmat di Malaya / Malaysia atau Singapura termasuk Ranger di Sarawak;
    • Bekas ahli Pasukan 136 dan bekas Askar Wataniah yang dikerah sepenuh masa
  • Had umur yang layak dipertimbangkan BSH adalah 60 tahun keatas dengan pendapatan bulanan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK);
  • Tidak diberhentikan dibawah kes tatatertib;
  • Balu yang berkahwin semula tidak layak;
  • Anak yatim piatu hendaklah berumur kurang dari 18 tahun dan di bawah 21 tahun jika masih belajar. Jika cacat kekal, tiada syarat had umur;
  • Faktor kesihatan atau penyakit yang menghalang pekerjaan (dengan pengesahan Pegawai Perubatan Kerajaan), bilangan anak yang bersekolah atau melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi juga boleh dipertimbangkan pemberian BSH.

Cara Memohon


Bagi mereka yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan bantuan ini boleh dibuat dengan mengisi Borang Skim Bantuan Kebajikan JHEV.BK.2019.

Borang permohonan itu hendaklah diisi sendiri oleh pemohon atau warisnya dan segala maklumat yang diberikan hendaklah tepat, betul serta benar. Pemohon bertanggungjawab atas segala maklumat yang diberikan.

Ia kemudiannya perlu dimajukan melalui Pejabat JHEV Cawangan Negeri mengikut negeri kediaman veteran dan semakan status permohonan seterusnya boleh dibuat secara atas talian di Portal Rasmi JHEV.

Bagi maklumat lebih lengkap berkenaan bantuan ini, sila rujuk di Portal Rasmi JHEV – DI SINI.


1 thought on “Bantuan Sara Diri Sebanyak Rm300 Tahun 2023”

Leave a Comment

Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3