Berikutan sususan pengumuman Perdana Menteri mengenai Bantuan Banjir Keluarga Malaysia baru-baru ini, Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) meneruskan inisiatif Rumah Kasih Keluarga Malaysia untuk membina semula dan membaik pulih rumah yang terkesan akibat banjir.
Ia juga merupakan inisiatif Rumah Kasih Keluarga Malaysia, Kerajaan telah memperuntukkan RM100 juta bagi membina dan membaik pulih semula rumah yang terkesan akibat banjir dengan peruntukan masing-masing RM50 juta kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB).
Baca juga:
Fasa Program Rumah Kasih Keluarga Malaysia:
Terdapat 3 fasa dalam inisiatif ini iaitu:
Fasa 1
- Data dikumpul oleh Pusat Kawalan Operasi Banjir (PKOB) dijalankan di peringkat daerah.
- Penyelarasan data di peringkat negeri dijalankan oleh Kerajaan Negeri dan maklumat rakyat yang terkesan akan dikumpulkan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU, JPM) sebagai Pusat Data Utama mangsa banjir
Fasa 2
- Pemeriksaan, penilaian dan verifikasi data oleh agensi penilai iaitu KPKT, KPLB, JKR dan Kerajaan Negeri .
Fasa 3
- Kerja-kerja pembinaan atau baik pulih semua rumah yang terkesan sehingga siap dan kemudiannya akan dilaporkan semula kepada ICU, JPM selaku Pusat Data Utama Mangsa Banjir.
Kadar Bantuan:
Kerja-kerja pembaikan rumah dan pembinaan semula disediakan akibat bencana banjir di bawah program bantuan rumah dengan kadar berikut;
- RM15,000 – Membaik pulih rumah
- RM56,000 – Membina rumah baharu (Semenanjung)
- RM68,000 – Membina rumah baharu (Sabah & Sarawak)
Cara Permohonan:
Berikut adalah merupakan cara untuk membuat permohonan Rumah Kasih Keluarga Malaysia:
- Ketua Isi Rumah perlu membuat permohonan melalui Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Daerah dan Pejabat Daerah yang berdekatan.
- PKOB akan mengesahkan permohonan.
- Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU JPM) akan menyelaraskan permohonan dengan agensi-agensi pelaksana.
- Pelantikan Agensi Pelaksanan.
- KPLB atau Kerajaan Negeri akan menyalurkan peruntukan.
- Pembinaan dan pembaikan rumah akan dijalankan.
Anggaran Jangka Masa Siap:
Berikut adalah anggaran jangka masa siap untuk pembaikan atau pembinaan rumah:
Pembaikan rumah
- Bergantung kepada tahap kerosakan.
- Akan dilaksanakan Agensi Pelaksana selepas kelulusan nama daripada PKOB.
Pembinaan rumah
- Dijangka siap 3 hingga 4 bulan.
- Bergantung kepada kesediaan tapak.
NOTA: Rumah Kekal Banjir Atas Tiang dan Rumah Kekal Banjir Atas Tanah antara cadangan reka bentuk rumah adalah mengguna pakai model JKR.
Maklumat Lanjut:
Untuk maklumat lanjut mengenai Rumah Kasih Keluarga Malaysia, sila rujuk Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).