Bagi tahun 2023, kebajikan rakyat terus dititikberatkan oleh Kerajaan MADANI. Kerajaan berusaha untuk menyalurkan pelbagai jenis bantuan dan insentif terutamanya kepada golongan miskin tegar dan B40.
Salah satunya inisiatif yang masih diteruskan kerajaan ialah memberikan bantuan sebanyak RM 500 yang dibayar setiap bulan untuk rakyat Malaysia. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk perkara di bawah.
BANTUAN BULANAN RM 500
Kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyalurkan pelbagai jenis bantuan bulanan dan salah satunya adalah bantuan RM 500 sebulan dikenali sebagai Bantuan Warga Emas (BWE).
Bantuan ini diberikan kepada warga emas bertujuan untuk meringankan beban dan meneruskan kesejahteraan hidup bermasyarakat untuk golongan orang tua.
JUMLAH BANTUAN
Jumlah bantuan ialah RM500 yang dibayar setiap bulan kepada setiap penerima yang layak.
Jumlah keseluruhan bantuan tahunan ialah RM6,000 bagi setiap penerima.
SYARAT KELAYAKAN YANG DIPERLUKAN
Berikut adalah syarat kelayakan sekiranya anda/keluarga ingin membuat permohonan
- Warganegara dan penduduk tetap di Malaysia
- Warga emas berumur 60 tahun ke atas
- Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Kemiskinan Isi Rumah Semasa atau Purata PGK
- Warga emas yang tidak tinggal di institusi kendalian JKM atau pusat jagaan harian / perkhidmatan percuma
Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama antara kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan.
CARA MEMOHON
Permohonan boleh dibuat di setiap peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara. Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan untuk penilaian bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada prinsip penyampaian bantuan berdasarkan merit dan bukan hak.
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
Anda diminta untuk bawa sekali dokumen-dokumen sokongan berikut untuk proses permohonan :
- Salinan Kad Pengenalan pemohon
- Salinan kad pengenalan suami, isteri, ibu, bapa kepada anak yang tinggal bersama
- Salinan sijil kelahiran anak, ahli keluarga yang tinggal bersama
- Salinan penyata gaji (Jika Ada)
- Dokumen sokongan lain yang berkaitan
- Muat Turun Borang Permohonan Bantuan JKM 18, Borang Semakan Bantuan JKM 20
Semoga berjaya dalam permohonan bantuan JKM ini.
I very poor
Oku boleh apply tak
Buat la pringkat umur dr 40 keatas. Bnyak yg mmerlukan bntuan ni. Bantulh rakyat bkn sembelih rakyat. Hebat sungguh kera Madani sjak mmerintah tampuk tumpuk tumpik topekong ngara skrg ni. Klamaan….. Atau xlama lg….. Hbislh pk non oi…. 😡