Bantuan RM500 Sebulan Untuk Warga Emas


Bantuan RM500 Sebulan Untuk Warga Emas

Bantuan RM500 Sebulan Untuk Warga Emas


Untuk pengetahuan semua rakyat Malaysia, Kerajaan telah mengumumkan bantuan khas untuk warga emas atau lebih dikenali sebagai bantuan kebajikan orang tua akan dinaikkan daripada RM350 ke RM500 bagi setiap seorang dengan syarat mereka telah berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Untuk pengetahuan anda, bantuan ini diuruskan oleh pihak JKM yang merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluiarga dan Masyarakat. Tujuan utama bantuan ini adalah untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.


Syarat Kelayakan

Orang tua atau warga emas yang ignin memohon bantuan tersebut haruslah memenuhi segala syarat kelayakan seperti berikut:

  • Pemohon adalah warganegara dan bermastatutin di Malaysia
  • Orang tua atau warga emas yang berumur 60 tahun dan ke atas
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi RUmah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa
  • Warga emas yang bukan tinggal di institusi kendalina JKM atau pusat jagaan harian / berkediaman yang memberi kemudahan perkhidmatan secara percuma
  • Mana-mana kes yang bekeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM

Cara Lakukan Permohonan Bantuan

Cara permohonan adalah seperti berikut:

Hadir ke pejabat JKM yang berhampiran dengan membawa borang berkaitan dan dokumen sokongan.

Borang berkaitan:

Borang JKM 18 (Borang Permohonan Bantuan) – Muat Turun

Borang JKM 20 (Borang Kaji Semula Bantuan) – Muat Turun

Dokumen Sokongan:

  • Kad pengenalan pemohon
  • Salinan kad pengenalan suami/ isteri/ ibu/ bapa/ anak yang tinggal bersama
  • Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
  • Salinan penyata gaji (jika ada)
  • Dan dokumen-dokumen lain yang berkaitan

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan permasalahan dalam membuat permohonan, anda boleh menghubungi JKM di 03-8000 8000 atau hadir terus ke pejabat JKM berhampiran anda.


Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3