Bantuan Warga Emas (BWE) RM500 merupakan inisiatif yang disediakan kerajaan melalui agensi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) setiap bulan. Untuk makluman, kadar bantuan telah dinaikkan sebanyak RM500 berbanding RM350 sebelum ini.
BANTUAN WARGA EMAS (BWE)
Untuk makluman, insentif khas ini telah diperkenalkan pada tahun lepas. Atas kebimbangan, kerajaan telah meneruskan pelaksanaan bantuan BWE ini pada tahun 2023.
Mohon juga : Mohon Bantuan Barangan Dapur RM300 Sebulan Untuk Seluruh Rakyat Malaysia Pada Bulan ini
Mohon juga : Penerima Bantuan Ewallet Sebanyak RM100 Dan RM200 – Mohon Sekarang!
Tujuan utama bantuan ini adalah untuk membantu warga emas meringankan beban dan meneruskan kelangsungan hidup dalam masyarakat pada tahun ini.
KADAR BANTUAN
Bagi pemohon yang layak, mereka akan menerima bayaran bantuan BWE ini sebanyak RM500. Bayaran akan diberikan setiap bulan dengan jumlah yang sama.
SYARAT KELAYAKAN BWE
Syarat-syarat kelayakan berikut telah disediakan untuk permohonan bantuan warga emas RM500 seperti di bawah:
- Pemohon adalah warganegara Malaysia dan bermastautin
- Merupakan kumpulan warga emas yang berumur 60 tahun ke atas
- Pendapatan isi rumah bulanan semasa tidak melebihi pendapatan garis kemiskinan (PGK) purata isi rumah miskin semasa dan purata miskin per kapita semasa
- Pemohon tidak tinggal di mana-mana institusi yang dikendalikan oleh JKM
- Tidak tinggal di pusat jagaan harian (kediaman yang menyediakan kemudahan dan perkhidmatan secara percuma)
- Mana-mana kes memerlukan layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM
- Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah berdasarkan senarai bersama antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri.
PANDUAN PERMOHONAN BWE
Sekiranya anda mempunyai ahli keluarga atau kenalan yang memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan, permohonan bantuan warga emas boleh dibuat. Sila layari portal rasmi BWE JKM ~ Klik Sini
Borang permohonan boleh dimuat turun dari laman web rasmi di atas. Bagi memudahkan proses semakan permohonan, sila sediakan dokumen penting yang diperlukan seperti berikut:
- Sediakan salinan kad pengenalan individu (pemohon).
- Salinan kad pengenalan pasangan (suami dan isteri)
- Salinan kad pengenalan anak tanggungan dan ahli keluarga yang tinggal bersama
- Salinan sijil kelahiran anak
- Sediakan dokumen sokongan yang berkaitan
- Sertakan salinan penyata gaji jika ada.
Nota: Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah semasa membuat permohonan atau mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi talian agensi JKM di 03-8000 8000.