Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan khas telah diperkenalkan oleh Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.
Antaranya bantuan yang diperkenalkan di bawah Bajet 2023 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 24 Februari lalu.
Bantuan yang diperkenalkan termasuk apa yang dikenali sebagai Bantuan Kewangan Khas dan ini adalah penjelasan lanjut mengenainya:-
Bantuan RM350
Ketika membentangkan Bajet 2023 di Dewan Rakyat, Perdana Menteri mengumumkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri pada kadar RM350 dan RM700.
Bayaran bantuan sebanyak RM350 akan diberikan kepada pesara Kerajaan, manakala RM700 akan diberikan kepada semua penjawat awam Gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak.
“Menjelang bulan Ramadan dan menghargai jasa serta pengorbanan penjawat awam, Kerajaan bersetuju menyalurkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri…”, kata Perdana Menteri ketika membentangkan Bajet 2023.
Tarikh pembayaran
Pembayaran bantuan ini akan dibuat pada April 2023 sempena bulan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba.
Pada masa sama, Kerajaan juga bersetuju memperkenalkan Skim Penjagaan Kesihatan (PEKA B40) bagi menyediakan saringan awal khas untuk golongan B40.
Bantuan khas rm 350 nak semak di mana.
PEKA B40 Bagaimana untuk mendapatnya.