Bantuan RM300 OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB)


Untuk Makluman anda terdapat Bantuan Bagi Orang Kurang Upaya (OKU) yang tidak berupaya untuk bekerja, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyediakan bantuan bagi golongan ini menerusi Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB).

Menerusi bantuan ini, OKU yang layak akan menerima bantuan BTB secara bulanan sebanyak RM300.

Syarat Kelayakan

  1. Pemohon ialah warganegara dan bermastautin di Malaysia.
  2. Pemohon berumur 16 tahun dan ke atas.
  3. Pemohon ialah pemegang Kad OKU JKM.
  4. Pemohon mestilah tidak berupaya bekerja.

Dokumen Sokongan

  1. Kad Pengenalan diri pemohon.
  2. Salinan Kad Pengenalan suami/isteri/ibu/bapa/anak yang tinggal bersama.
  3. Salinan sijil kelahiran anak-anak/ahli keluarga yang tinggal bersama.
  4. Salinan penyata gaji (jika ada).
  5. Lain-lain dokumen yang berkaitan.

Baca juga: Bantuan Penjagaan OKU Terlantar (BPT) Dapat RM500


Cara Memohon

Sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Sila muat turun borang-borang berikut:
  2. Borang-borang tersebut perlu diisi dengan lengkap dan betul.
  3. Bawa borang-borang tersebut beserta dokumen sokongan ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian yang berhampiran.

Maklumat Lanjut

Boleh hubungi pihak JKM di talian 03-8000 8000.




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3