Bantuan RM150 Tanpa Kira Had Pendapatan – Jom Semak!


Dalam usaha kerajaan membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh kerajaan sama ada di peringkat persekutuan atau negeri.

Salah satunya menerusi Bajet Mini 2023 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Channel Telegram info bantuan kerajaan

Bantuan Awal Persekolahan (BAP)


Antara bantuan yang diumumkan Perdana Menteri ialah Kerajaan bersetuju mengagihkan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 kepada semua pelajar sekolah tanpa mengira had pendapatan ibu bapa.

Menurutnya, bantuan kewangan ini penting bagi menyediakan pelajar dengan peralatan sekolah yang sesuai, selain keperluan perbelanjaan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan pembelian buku teks.

Jumlah Bayaran BAP


Malah, sebelum ini bantuan BAP ini hanya diberikan kepada pelajar yang mempunyai had pendapatan ibu bapa sebanyak RM3,000 sebulan. Bagaimanapun, kali ini setiap anak yang bersekolah layak menerima RM150 tanpa mengira had pendapatan ibu bapa.

Ini bermakna sekiranya sesebuah keluarga mempunyai tiga anak bersekolah, maka mereka layak menerima BAP RM450

Tarikh Pembayaran BAP


Pembayaran BAP akan dilaksanakan bulan depan iaitu 12 Januari 2023 dan ini akan menyaksikan peningkatan berbanding RM100 pada tahun sebelumnya.

bantuan-awal-persekolahan-bap-2023-1024x1024

Dalam perkembangan sama, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut memaklumkan bantuan tunai rakyat yang dilaksanakan sebelum ini, akan diteruskan dengan pembayaran Bantuan Tunai Rakyat Fasa 1 yang juga akan diagihkan mulai Januari 2023.

Pembayaran Fasa 1 akan memanfaatkan hampir 9 juta penerima dengan peruntukan RM2 bilion dan melibatkan bayaran RM300 untuk setiap isi rumah dan RM100 untuk penerima bujang.




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3