Bantuan RM1,000 Untuk Anak Yang Lahir Bermula Tahun 2020


Tahukah anda, Kerajaan Negeri Sarawak melalui Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti telah mewujudkan satu tabungan khas untuk anak-anak kelahiran Sarawak iaitu Endowment Fund Sarawak (EFS).

Baca Juga : KWSP RM10K

EFS (Endowment Fund Sarawak)

EFS merupakan simpanan untuk anak kelahiran Sarawak yang bertujuan membantu anak Sarawak sebagai persediaan melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi, memulakan kerjaya atau sebagai modal perniagaan kecil-kecilan.


Jumlah Bantuan EFS

Jumlah bantuan yang diberikan ialah RM1,000 dalam bentuk simpanan.

Syarat Kelayakan Bantuan EFS

Berikut adalah syarat kelayakan untuk bantuan EFS:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Lahir di Sarawak atau di luar Sarawak
  3. Kedua-dua atau salah seorang ibu bapa pemegang MyKAD berstatus “K”; dan (iv) Permohonan dibuat semasa pendaftaran kelahiran atau dalam tempoh satu tahun selepas kelahiran.

Kategori anak angkat:

  1. Kedua-dua atau salah seorang ibu bapa angkat pemegang MyKAD berstatus “K”.
  2. Mempunyai Sijil Anak Angkat yang sah

EFS Endowment Fund Sarawak

Cara Permohonan Bantuan EFS

Permohonan boleh dibuat di semua 52 cawangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Sarawak dengan membawa:


  • Borang permohonan EFS – Muat Turun Borang
  • Salinan sijil kelahiran bayi
  • Salinan MyKAD/Biometrik ibu bapa berstatus “K”.

* Salinan hendaklah disahkan oleh pegawai JPN

Maklumat lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai bantuan ini, layari laman web isarawakcare atau hubungi talian KPWKK di 082-442050




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3