- 1.5Kshares
- Telegram
- Facebook Messenger
Belanjawan 2021, kerajaan telah meneruskan inisiatif pengambilan pekerja iaitu di bawah PERKESO yang juga dikenali sebagai PENJANAKERJAYA PERKESO 2021.
Penjanakerjaya merupakan salah satu program di bawah Kementerian Sumber Manusia atau nama lain iaitu PERKESO bagi memberi peluang menambah pengalaman bekerja jangka pendek sepenuh masa sekurang-kurangnya 3 bulan pengalaman bekerja kepada belia.
Program ini pula telah ditambahbaik dengan pemberian insentif sehingga RM1,000 sebulan kepada majikan untuk memberi gaji kepada belia bagi meningkatkan peluang pengambilan belia bekerja.
Portal Malaysia ingin berkongsi maklumat Penjana Kerjaya 2.0 seperti berikut:
Baca juga : Sila Buat Rayuan BPR Jika Tidak Lulus & Gagal Kredit. Ini Penyelesaian & Jawapan Rasmi!
OBJEKTIF PROGRAM
Tujuan program ini bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran belia dalam pengalaman alam pekerjaan melalui latihan on-the-job-training, bagi meningkatkan kebolehpasaran mereka.
INSENTIF PERANTISAN
Insentif yang bakal diterima bagi majikan/perantis program ini seperti berikut:
- Bayaran sehingga RM1,000 kepada majikan yang akan mengambil lepasan sekolah dan graduan bagi Program Perantisan
- Tempoh bayaran ini adalah selama 3 bulan dengan syarat kontrak perkhidmatan minimum 3 bulan sahaja
- Gaji atau elaun minimum adalah sebanyak RM1,200 sebulan
- Majikan hanya boleh memohon 1 kursus latihan sahaja untuk perantis dengan kos maksimum sebanyak RM4,000
- Pekerja juga layak menerima elaun kesediaan kerja/bantuan jika disediakan
SYARAT KELAYAKAN
Syarat kelayakan bagi menyertai Program PenjanaKerjaya 2.0 ini adalah :
- Warganegara Malaysia sahaja
- Lepasan sekolah/graduan yang berumur 18-30 tahun
- Calon yang masih menganggur & tidak mempunyai pekerjaan tetap
- Calon mesti mengikuti mana-mana Program Perantisan yang berdaftar di mana-mana syarikat dan badan-badan berkanun
Calon yang TIDAK LAYAK mendaftar :
- Pelajar yang menjalani Latihan Industri (internship)
- Pelajar yang masih belum tamat pengajian
- Bukan warganegara Malaysia
SYARAT TAMBAHAN
- Syarikat perlulah berdaftar dan mengiklankan kekosongan bagi pengambilan perantis di portal rasmi MYFutureJobs
- Setiap perantis yang diambil bekerja di bawah program ini wajib mencarum dengan PERKESO
- Majikan layak memohon 3 bulan insentif PenjanKerjaya 2.0 di bawah kategori pekerja, sekiranya perantis berkenaan diserap sebagai pekerja tetap
Baca Juga : Ini Cara Nak Keluarkan Duit Di ATM Tanpa Kad, Jika Anda Terlupa Kad Bank
CARA PERMOHONAN PROGRAM PENJANAKERJAYA 2.0:
1. Bagi majikan yang berminat boleh membuat permohonan secara online melalui laman web berikut:
penjanakerjaya.perkeso.gov.my
2. Bagi belia yang ingin menyertai Program Perantisan, boleh daftar sebagai pengguna & isikan maklumat anda untuk membuat permohonan melalui program yang ditawarkan melalui portal berikut:
MyFutureJobs
TARIKH MOHON
Bermula pada 1 Januari 2021 sehingga 30 Jun 2021.
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang pertanyaan lanjut boleh dikemukakan melalui Pegawai perkhidmatan Pelanggan PERKESO :
- Talian 03-8091 5300 / 1-300-22-8000
- ATAU e-mel kepada [email protected]