Bantuan RM 20,000 Kepada RAKYAT MALAYSIA Yang Ingin Memiliki Rumah ¬ Jom Mohon Sekarang!


Bantuan RM 20,000 kepada RAKYAT MALAYSIA Yang Ingin Memiliki Rumah.


Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) ialah sebuah syarikat pembangunan perumahan negara yang dimiliki oleh Kementerian Kewangan Malaysia sejak 1997. SPNB terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Semak juga :  (TERKINI) Pengeluaran Khas KWSP 2.0 Kini Dibenarkan Bermula Disember ~ Semak Sekarang!

Mohon juga :  (RASMI) Bantuan Khas RM500 Dikreditkan Sebelum Akhir Tahun Ini ~ Semak Kelayakan Anda Sekarang!


Ia bertujuan untuk menyediakan rumah berkualiti tinggi dan mampu milik kepada setiap isi rumah yang layak di Malaysia.

RUMAH MESRA RAKYAT (RMM)

Program RMM ini diwujudkan dalam usaha membantu rakyat berpendapatan rendah yang tidak memiliki rumah atau tinggal di rumah usang tetapi mempunyai tanah persendirian di mana mereka boleh membina rumah sendiri untuk keselesaan mereka.

SYARAT KELAYAKAN

Berikut ialah syarat kelayakan yang ditetapkan oleh pihak SPNB dan KPKT :


  • Bakal pemohon haruslah Warganegara Malaysia
  • Pemohon hendaklah berumur 18 tahun dan ke atas
  • Pendapatan bulanan seisi rumah tidak melebihi RM 3,000
  • Pemohon serta pasangan haruslah yang tidak memiliki rumah atau tinggal di rumah yang usang
  • Tapak tanah adalah bersesuaian dan bebas daripada gadaian atau bebanan ke atasnya.
  • Sekiranya pemohon adalah bukan pemilik tanah maka pemohon harus meminta kebenaran daripada pemilik tanah
  • Keluasan tanah adalah tidak kurang daripada 3,600 kps

HARGA DAN CIRI-CIRI RMM

Berikut adalah harga dan ciri RMM yang disediakan oleh SPNB. Semua jenis rumah RMM mempunyai konsep yang sama iaitu 1 tingkat dengan 2 bilik air dan 3 bilik tidur.

1. Keluasan Rumah 1,000 KPS (Semenanjung)

  • Harga : RM 75,000
  • Subsidi Pembinaan : RM 20,000
  • Jumlah Pinjaman : RM 55,000
  • Anggaran Bayaran Bulanan selama 16 tahun : RM 300 sebulan

2. Keluasan Rumah 850 KPS (Pulau di Semenanjung)


  • Harga : RM 85,000
  • Subsidi Pembinaan : RM 20,000
  • Jumlah Pinjaman : RM 65,000
  • Anggaran Bayaran Bulanan selama 16 tahun : RM 350 setahun

3. Keluasan Rumah 750 KPS (Sabah,Sarawak,Labuan)

  • Harga : Bermula RM 75,000 – RM 106,000
  • Subsidi Pembinaan : RM 20,000
  • Jumlah Pinjaman : RM 55,000 – RM 86,500
  • Anggaran Bayaran Bulanan selama 16 tahun : RM 300-RM470 sebulan

CARA PERMOHONAN

Untuk pengetahuan anda, permohonan boleh dibuat dengan dua(2) cara iaitu secara Online atau Manual.

1. Permohonan Secara Online


  • Layari laman web SPNB https://rmr.spnbonline.com.my/
  • Klik Pendaftaran Baru dan isikan borang pendaftaran dengan lengkap
  • Seterusnya, ID dan Kata Lalaun akan dihantar ke e-mel
  • Log masuk ke SPNB dengan ID dan kata laluan yang telah diberikan
  • Lengkapkan borang yang dikendaki
  • Selesai isi borang, klik Selesai Pendaftaran
  • Seterusnya, cetak borang tersebut
  • Akhir sekali, hantar borang beserta dokumen yang lengkap ke Pejabat SPNB yang berdekatan

2. Permohonan Secara Manual

  • Pemohon boleh dapatkan borang permohonan di Cawangan SPNB
  • Setelah selesai isi, hantar kembali borang beserta dokumen yang diperlukan

SENARAI DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Berikut ialah antara dokumen yang diperlukan

  • Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan
  • Salinan kad pengenalan tuan tanah
  • Salinan kad pengenalan pemohon kedua (jika ada)
  • Salinan geran hak milik tanah terbaru dan sijil carian rasmi daripada Pejabat Tanah yang terbaru
  • Slip gaji terkini selama 3 bulan / surat akaun sumpah pendapatan / surat pengesahan pendapatan pemohon
  • Surat akuan sumpah / surat pengesahan tidak memilki rumah atau memiliki rumah yang usang
  • Surat akuan kebenaran pelepasan tuan tanah
  • Salinan sijil nikah pemohon
  • Borang laporan tapak bergambar

PERHATIAN !


Surat pengesahan pendapatan / tidak memiliki rumah / memiliki rumah usang hendaklah disahkan melalui Ketua Kampung / Pegawai Ikhtisas Kelas A

SEMAKAN KELULUSAN

Segala maklum balas akan diberikan dalam tempoh 3 bulan dari tarikh permohonan dan kelulusan hanya akan dibuat mengikut peruntukan kewangan tahunan.

  • Tempoh pembinaan rumah yang diperuntukkan adalah selama 18 bulan daripada tarikh penyerahan tapak kosong dan perjanjian.

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, anda boleh hubungi talian rasmi ibu pejabat Syarikat Perumahan Negara Berhad


03-2618 5555
03-2618 5556

Anda juga boleh hadir ke cawangan SPNB berdekatan anda untuk bertanya apa-apa soalan mengenai Rumah Mesra Rakyat ini.




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3