Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan rawatan percuma dari Skim Perubatan MADANI kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) B40 yang telah bermula 15 Jun 2023.
Pengenalan
Skim Perubatan MADANI adalah satu inisiatif Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bertujuan untuk menampung keperluan kesihatan golongan B40 terhadap Penjagaan Kesihatan Primer Akut (Rawatan Pesakit Luar Kes-Kes Akut)
Secara dasar, di bawah skim tersebut, penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dalam kalangan B40 boleh mendapatkan rawatan secara percuma di klinik perubatan swasta (GP) yang berdaftar di bawah Skim Perubatan MADANI bagi mengurangkan beban kos rawatan kesihatan di samping meningkatkan kesejahteraan golongan berpendapatan rendah
Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
Fasa rintis ini akan dilaksanakan di daerah Johor Bahru (Johor), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Klang, Petaling, Hulu Langat dan Gombak (Selangor), Kinta (Perak), Timur Laut (Pulau Pinang), Kuching (Sarawak) dan Kota Kinabalu (Sabah).
Jenis Rawatan Percuma Skim Perubatan Madani
Rawatan pesakit luar kes-kes akut merangkumi:
- Demam dan selsema
- Cirit-birit dan muntah
- Terseliuh
- Sakit kepala
- Trauma ringan seperti luka ringan dan lain-lain
Rawatan yang tidak termasuk adalah:
- Imunisasi rutin
- Saringan kesihatan
- Rawatan susulan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) rutin
- Rawatan susulan ibu dan anak rutin
- Perancangan keluarga rutin
- Perkhidmatan rehabilitasi
- Permintaan ubat tanpa konsultasi doktor
- Permintaan suplemen
Tempoh Manfaat
Bermula dari 15 Jun 2023 sehingga 31 Disember 2023.
Syarat Kelayakan
Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berkeluarga, warga emas (tanpa pasangan) dan bujang
Kelayakan adalah secara automatik.
Mereka yang layak WAJIB membuat pengisytiharan bahawa mereka TIDAK menerima mana-mana manfaat yang sama atau serupa seperti Skim ini daripada mana-mana skim majikan/kerajaan negeri/agensi perubatan lain.
Semakan Kelayakan
Bagi pengguna MySejahtera, anda boleh terus membuat semakan kelayakan melalui aplikasi tersebut.
Contoh paparan pada MySejahtera anda:
Sekiranya layak, anda boleh mendapatkan rawatan percuma mengikut kategori kelayakan anda.
Baca Juga: Bantuan Kewangan RM 900 Daripada Kerajaan
Cara Mendapatkan Rawatan Percuma
- Sila Semak Kelayakan Anda di Laman Rasmi Skim Perubatan Madani >> KLIK DISINI
- Hadir Ke Klinik: Hadir ke mana-mana GP yang berdaftar dengan Skim Perubatan_MADANI (boleh dikenalpasti dengan pelekat khas) dengan membawa kad pengenalan. >> Cari Klinik
- Terima Rawatan: Jika anda layak, anda boleh dapatkan Rawatan Pesakit Luar Kes-Kes Akut secara percuma.
- Baki Manfaat: Had manfaat anda akan ditolak selepas anda selesai mendapatkan rawatan.
*Manfaat Skim Perubatan MADANI adalah tertakluk kepada Terma & Syarat oleh pihak ProtectHealth Corporation Sdn. Bhd. seperti yang dinyatakan di laman sesawang.
Maklumat Lanjut
Sebarang maklumat terkini berkaitan Skim Perubatan Madani sila lihat di Laman Rasmi Skim Perubatan Madani