Bantuan Rawatan Jantung Percuma Khas Untuk Rakyat Selangor

Kerajaan Negeri Selangor menawarkan Skim Rawatan Jantung iaitu khidmat rawatan jantung secara percuma kepada golongan berpendapatan rendah B40.

Program ini dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Selangor dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Program ini telah dikendalikan oleh anak syarikat PKNS iaitu SELGATE Corporation Sdn Bhd (SELGATE) melalui anak syarikat milikannya iaitu Selcare Management Sdn Bhd (SELCARE) yang merupakan penyedia pelaksana program.

Sebagai penyedia pelaksana program, SELCARE juga bekerjasama dengan beberapa hospital panel yang dilantik yang terdiri daripada Institut Jantung Negara (IJN), Cardiac Vascular Sentral Kuala Lumpur (CVSKL), UiTM Private Specialist Centre, Sungai Buloh dan Hospital Serdang dalam memberikan rawatan kepada pesakit yang layak.

Bantuan Rawatan Jantung Percuma Khas Untuk Rakyat Selangor 1

Baca juga:

Syarat Kelayakan:


Berikut adalah syarat-syarat kelayakan mengikut kreteria:

Nota: Iltizam Selangor Sihat (Dahulu dikenali sebagai Skim Insurans Peduli Sihat).

KATEGORI A : Ahli Iltizam Selangor Sihat.

  1. Pemohon mestilah seorang warganegara Malaysia.
  2. Pemohon mestilah lahir atau telah menetap atau bermastautin di Negeri Selangor sekurang-kurangnya 10 tahun.
  3. Pemohon mestilah pengundi berdaftar di Negeri Selangor.
  4. Pendapatan isi rumah pemohon mestilah bawah RM3,000 sebulan.
  5. Mekanisme Rujukan Pesakit (Referral Mechanism).
    • Klinik Panel Iltizam Selangor Sihat/SELCARE atau Hospital Kerajaan.
  6. Had pembiayaan :
    • Saringan Jantung.
    • Prosedur Rawatan Pembedahan (Rujuk Lampiran 1).
    • Rawatan Susulan (maksimum 2 kali).
    • Maksimum had rawatan adalah sebanyak RM50,000.00 sahaja .

KATEGORI B : Bukan Ahli Iltizam Selangor Sihat dan Pendapatan isi rumah bawah RM8,000 sebulan.

  1. Pemohon mestilah seorang warganegara Malaysia.
  2. Pemohon mestilah lahir atau telah menetap atau bermastautin di Negeri Selangor sekurang-kurangnya 10 tahun.
  3. Pemohon mestilah pengundi berdaftar di Negeri Selangor.
  4. Pendapatan isi rumah pemohon mestilah bawah RM8,000 sebulan.
  5. Mekanisme Rujukan Pesakit (Referral Mechanism).
    • Kelulusan khas oleh EXCO (Kesihatan), Kerajaan Negeri Selangor.
  6. Had pembiayaan :
    • Prosedur Rawatan Pembedahan (Rujuk Lampiran 1)
    • Rawatan Susulan (maksimum 2 kali)
    • Maksimum had rawatan adalah sebanyak RM50,000.00 sahaja.

Cara Permohonan:


Berikut adalah langkah-langkah permohonan mengikut kaedah:

KATEGORI A

Langkah 1: Pemohon merupakan ahli aktif berdaftar dibawah Skim Iltizam Selangor Sihat.

Langkah 2: Pesakit perlu mendapatkan pemeriksaan dan surat rujukan dari Klinik Panel atau hospital kerajaan

Langkah 3: Permohonan boleh dihantar melalui emel ke [email protected] dengan tajuk PERMOHONAN SKIM RAWATAN JANTUNG SELANGOR KATEGORI A.

Langkah 4: Pemohon wajib mengepilkan dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan.

Langkah 5: Sekiranya permohonan diluluskan, pemohon akan dimaklumkan melalui emel atau panggilan telefon.

Langkah 6: Pesakit perlu membawa Kad penenalan bagi mendapatkan rawatan. (GL akan dihantar ke Panel Hospital).

KATEGORI B

Langkah 1: Pemohon perlu memuat turun borang permohonan di laman sesawang  https:// iltizamselangorsihat.com/cvs.htm 

Langkah 2: Permohonan boleh dihantar melalui emel ke SELCARE atau email ke [email protected] dengan tajuk PERMOHONAN SKIM RAWATAN JANTUNG SELANGOR KATEGORI B.

Langkah 3: Pemohon wajib mengepilkan dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan.

Langkah 4: Sekiranya permohonan diluluskan, pemohon akan dimaklumkan melalui emel atau panggilan telefon.

Semakan Status Permohonan:


Semakan boleh dibuat dengan menghubungi SELCARE di talian 1-800-22-6600.

Maklumat Lanjut:


Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang Portal Peduli Sihat atau hubungi di talian 601 9298 0785.


Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3