Bantuan Raja Sehari RM1,000 Sehingga Disember 2022


Orang muda yang ingin berkahwin, Bantuan Raja Sehari Orang Muda Johor merupakan salah satu inisiatif di dalam Bantuan Kasih Bangsa Johor yang diumumkan Menteri Besar Johor, YAB Datuk Onn Hafiz bin Ghazi pada April yang lalu. Namun bantuan ini untuk perkahwinan kali pertama sahaja.

Kerajaan Negeri Johor akan menyalurkan bantuan sebanyak RM1,000 bagi orang muda Negeri Johor yang kali pertama berkahwin (Islam) yang berpendapatan RM5,000 ke bawah.

Tarikh Permohonan


Bantuan ini dibuka mulai 1 Jun 2022 hingga 31 Disember 2022 menerusi borang permohonan yang disediakan.

Baca juga: Bantuan Beras Percuma Bantuan Kasih Johor

Syarat Permohonan

  1. Orang Muda Johor berumur 40 tahun ke bawah.
  2. Bermastautin dalam negeri Johor melebihi 3 tahun.
  3. Perkahwinan kali pertama sahaja dan didaftarkan di Negeri Johor dari tarikh 14 April hingga 31 Disember 2022.
  4. Pendapatan suami dan isteri berjumlah RM5,000.00 ke bawah.
  5. Permohonan dibuat bermula pada 1 Jun 2022 hingga 31 Disember 2022 sahaja.
  6. Pemohon (suami atau isteri) hendaklah hadir sendiri menghantar permohonan di kaunter Pejabat Kadi Daerah.
  7. Satu pasangan layak memohon sekali sahaja bantuan ini.

Bantuan Raja Sehari RM1,000 Sehingga Disember 2022 1

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan untuk dihantar bersama borang permohonan adalah seperti berikut:

  1. Salinan Kad Pengenalan (Lelaki dan Perempuan).
  2. Salinan buku bank/penyata bank (Lelaki dan perempuan);
  3. Salinan surat perakuan nikah (Sijil Nikah). Jika surat perakuan
  4. nikah hilang, pemohon perlu mendapatkan salinan asal dari
  5. Pejabat Kadi Daerah/Pejabat Agama Islam Daerah.
  6. Surat Akuan Mastautin daripada Penghulu/Ketua Kampung.
  7. Slip gaji suami dan isteri atau pengesahan pendapatan dari ketua kampung atau penghulu.

Cara Memohon

Permohonan bantuan ini boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Muat turun borang permohonan di pautan >>> https://rb.gy/ujq2w5.
  2. Sila Isi borang permohonan dengan lengkap dan betul.
  3. Sediakan semua dokumen yang diperlukan.
  4. Hantar kedua-dua dokumen tersebut ke Pejabat Kadi Daerah yang berdekatan anda.

Baca juga: Bantuan Kasih Bangsa Johor RM300 Khas Untuk Nelayan

Proses Pembayaran

Jika berjaya, pembayaran akan dikreditkan kepada akaun suami atau isteri atau mana-mana yang layak.

Pertanyaan Lanjut

Boleh hubungi Jabatan Agama Islam Negeri Johor di talian 07-2076330/31/32.


Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3