Bantuan Prihatin Rakyat Sehingga RM 1,800 Antara Tumpuan Utama Belanjawan 2021

Home » Bantuan » Bantuan Prihatin Rakyat Sehingga RM 1,800 Antara Tumpuan Utama Belanjawan 2021

Kerajaan akan terus melaksana dan menambah baik bantuan tunai bagi Belanjawan 2021 secara lebih bersasar mengikut Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz. Kerajaan telah memperkenalkan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dalam belanjawan 2021 yang dibentangkan pada pukul 4.00 petang 6 November 2021.

Bantuan Prihatin Rakyat Sehingga RM 1,800 Antara Tumpuan Utama Belanjawan 2021

Kategori yang akan mendapat bantuan tunai secara bersasar ini adalah seperti berikut:

Pertama: Isi rumah berpendapatan bulanan kurang 2,500 ringgit dan mempunyai sehingga seorang anak akan menerima bantuan sebanyak 1,200 ringgit, manakala isi rumah yang mempunyai dua orang anak atau lebih akan menerima bantuan sebanyak 1,800 ringgit;

Kedua: Bagi isi rumah berpendapatan bulanan antara 2,501 hingga 4,000 ringgit dan mempunyai sehingga seorang anak, bantuan BPR sebanyak 800 ringgit akan disalurkan, manakala isi rumah yang mempunyai dua orang anak atau lebih akan menerima bantuan sebanyak 1,200 ringgit;

Ketiga: Kerajaan turut akan membantu kumpulan isi rumah berpendapatan bulanan antara 4,001 hingga 5,000 ringgit. Kategori ini akan menerima 500 ringgit bagi yang mempunyai sehingga seorang anak dan bantuan 750 ringgit kepada isi rumah yang mempunyai dua orang anak atau lebih; dan

Keempat: Individu bujang berpendapatan 2,500 ringgit ke bawah pula, akan menerima bantuan 350 ringgit. Tidak sekadar itu, had umur kelayakan individu bujang diturunkan kepada 21 tahun, berbanding syarat sebelum ini, iaitu 40 tahun.

Portal Malaysia berharap agar bantuan kerajaan kepada rakyat Malaysia melalui belanjawan 2021 ini akan dapat meringankan beban rakyat sekaligus membantu mengharungi bencana yang melanda kita.

Disclaimers – Bahan artikel kami share diatas merupakan panduan tutorial dan ringkasan artikel berkaitan dengan “Bantuan Prihatin Rakyat Sehingga RM 1,800 Antara Tumpuan Utama Belanjawan 2021” sahaja. portalamalaysia tidak ada kaitan dengan government agency atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan berpandukan sumber official dan betul-betul sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!