Bantuan PKP 3.0 telah diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebentar tadi. Bantuan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 telah bersiaran secara langsung di rangkaian TV tadi melalui Perutusan Khas tadi.
Umum tahu bahawa MKN (Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara) telah membuat keputusan untuk melaksanakan Total Lockdown di seluruh negara bermula pada 1 Jun hingga 14 Jun 2021 bagi membendung wabak ini.
Baca Juga : EBelia Bantuan E-Wallet RM150
Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
Intipati Bantuan PKP 3.0
Ramai yang akan terkesan dengan perlaksanaan ini terutamanya kepada golongan B40 & M40. Oleh itu, PM telahpun merangka beberapa pelan serta bantuan yang akan diberikan kepada rakyat untuk meringankan beban rakyat.
Antara Intipati Bantuan PKP 3.0 :
- Peruntukan RM450 Juta – Kapasiti Kesihatan Awam : Tingkat kapasiti katil
- RM550 Juta – Perbelanjaan tangani wabak
- Lantikan 14,500 pekerja kontrak petugas kesihatan
- Mempercepatkan pemberian Vaksin
- Peruntukan RM2.0 Bilion : Bantuan Prihatin Rakyat tambahan
- BPR Tambahan RM100 – RM500 pada Jun
- Bantuan Moratorium & Pembayaran Balik kepada B40, hilang pekerjaan & PKS terjejas pada bulan Jun.
- Moratorium Automatik Selama 3 bulan atau pengurangan bayaran balik secara ansuran sebanyak 50% selama 6 bulan
- Geran Khas Prihatin ditambah menjadi RM1,500
- Rayuan tangguh pengenaan penalti LHDN
- Bantuan Golongan Terjejas : Pengecualian Bayaran Lewat Lesen
- Akta 829 : Bantu Individu & Perniagaan yang terjejas
- Diskaun Bil Elektrik 10% kepada 6 sektor : Tambahan 3 bulan (Julai – September 2021)
- Kempen Pemilikan Rumah (HOC)
- Lanjutan Pengecualian Cukai Jualan (SST)
- Menteri tidak mengambil gaji selama 3 bulan.
- Lanjutan Program Subsidi Upah selama setahun.
Bantuan PEMERKASA+ : BPR Tambahan
Antara intipati yang menarik adalah Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) tambahan seperti berikut:
- Tambahan RM500 : Isi rumah bawah RM2500
- Tambahan RM300 : Isi Rumah Bawah RM5000
- Tambahan RM100 : Bujang
Juga diumumkan, bantuan GKP (Geran Khas Prihatin) akan dinaikkan dari RM1,000 kepada RM1,500 yang akan memanfaatkan hampir sejuta PKS.
Akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
Ingin dapatkan maklumat & info pantas mengenai bantuan kerajaan terkini? Jpm join telegram Info Bantuan Kerajaan di sini.
Sumber : Majlis Keselamatan Negara