Berita baik buat peniaga komuniti India di Negeri Selangor, pinjaman khas sempena sambutan Hari Deepavali yang bakal menjelang menerusi i-Bermusim kini dibuka untuk permohonan.
i-Bermusim adalah pinjaman khusus kepada para penjaja dan peniaga komuniti India Selangor yang akan berniaga di Bazar Deepavali termasuk mereka yang berniaga di rumah.
Skim ini diwujudkan adalah untuk mengurangkan beban para peniaga terutamanya mereka yang memerlukan modal tambahan atau sebarang kegunaan yang lain.
Baca juga:
Tarikh Permohonan Dibuka:
Permohonan dibuka bermula 12 September 2022 sehingga 14 Oktober 2022.
Kadar Bantuan:
Berikut adalah jumlah pembiayaan yang ditawarkan bagi pinjaman:
Peniaga bazar: Pinjaman RM1,000 hingga RM20,000
Peniaga selain bazar: Pinjaman maksimum sehingga RM5,000 sahaja.
Syarat Permohonan:
Berikut adalah syarat-syarat permohonan yang telah ditetapkan:
- Pemohon mestilah rakyat negeri Selangor.
- Pemohon mestilah telah bermastautin di Negeri Selangor lebih dari 10 tahun.
- Tempoh pembiayaan sehingga 25 minggu atau enam bulan (mana-mana yang lebih pendek).
- Bayaran balik adalah secara mingguan sahaja.
Cara Permohonan:
Berikut adalah langkah-langkah untuk memohon:
Langkah 1: Layari laman sesawang portal Hijrah Selangor.
Langkah 2: Klik bahagian ‘Create Account.’
Langkah 3: Isi semua maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Submit.’
Langkah 4: Masukkan no kad pengenalan dan kata laluan untuk log masuk.
Langkah 5: Isi dan lengkapkan permohonan.
Langkah 6: Muat naik dokumen sokongan untuk permohonan.
Langkah 7: Hantar permohonan.
Dokumen Sokongan:
Berikut adalah dokumen sokongan yang perlu dilampirkan bersama borang permohonan:
- 1 Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan.
- 2 keping gambar berukuran passport pemohon.
- 1 Salinan lesen perniagaan (SSM/permit/salinan perjanjian atau dokumen yang sah sekiranya melibatkan perniagaan atau aktiviti ekonomi).
- 1 Salinan penyata akaun bank atau muka depan buku akaun bank.
- 1 Gambar peniagaan.
- 1 Salinan bil utiliti premis dan tempat tinggal.
Maklumat Lanjut:
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang portal Hijrah Selangor.