Bantuan Pesawah RM200 Sebulan Selama 6 Bulan


Berita baik! Bantuan RM200 sebulan selama 6 bulan bagi pesawah telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika menyampaikan ucapan dalam majlis makan malam sempena Mesyuarat Agung Tahunan NAFAS Ke-48 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur pada 18 Mei 2022.

Baca juga: Permohonan Rayuan Bantuan Keluarga Malaysia

Bantuan tersebut adalah bantuan bagi menampung perbelanjaan harian golongan pesawah bagi tempoh enam bulan sementara menunggu hasil tuaian padi.

Bantuan tersebut adalah bagi tiga bulan bagi dua musim. Namun begitu, peruntukan bantuan kepada pesawah itu akan dimasukkan dalam Bajet 2023 yang akan diumum Oktober nanti.

Pengumuman tersebut sudah pasti memberikan khabar gembira dan kelegaan kepada golongan pesawah dalam mendepani kemelut peningkatan kos sara hidup dan kadar inflasi makanan yang melanda kini.


Semoga Bantuan ini dapat membantu anda semua.

Disclaimers – Bahan artikel portalamalaysia kongsikan dihalaman ini hanyalah tutorial dan rujukan yang berkaitan dengan “Bantuan Pesawah RM200 Sebulan Selama 6 Bulan” sahaja. portalamalaysia tidak ada kaitan dengan government agency atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, semua rujukan berasaskan sumber rasmi dan betul-betul sahih sahaja.



Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Portal Malaysia