Kasih Asnaf Back To School (Kembali Ke Sekolah) 2022 | Makluman kepada penerima Bantuan Am Baitulmal Persekolahan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), anda kini boleh menyemak dan menebus bantuan sekolah dan peralatan sekolah anak anda dengan aplikasi Boost sempena MAIWP Kasih Asnaf Kembali Ke Sekolah.
Berikut dikongsikan lagi tentang MAIWP Kasih Asnaf Kembali Ke Sekolah.
Apakah Itu Bantaun MAIWP Kasih Asnaf?
MAIWP Kasih Asnaf Back To School merupakan bantuan persekolahan yang diperkenalkan oleh MAIWP kepada mereka yang layak untuk mereka membeli keperluan sekolah untuk anak-anak mereka.
Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
Untuk tahun 2022 ini ada kelainan sedikit, proses pengagihan bantuan pakaian dan peralatan sekolah untuk bantuan ini dibuat melalui aplikasi Boost menggunakan Dompet MAIWP.
Jangan ketinggalan untuk membuat semakan bagi melayakkan anda membuat penebusan peralatan sekolah anak anda dengan aplikasi Boost.
Cara Claim Kelengkapan Sekolah Kasih Asnaf 2022
Sila ikuti langkah di bawah untuk menebus peralatan sekolah anak anda untuk program ini dengan applikasi Boost.
Sebelum ini, pastikan anda telah download dan daftar aplikasi Boost.
Masukkan referal kod moh86i2 untuk dapatkan Duit Percuma!
- Sila layari laman web dengan mengimbas kod QR dalam poster di atas atau terus ke pautan https://ebaitulmal.maiwp.gov.my/
- Klik pada Semakan Status Bantuan.
- Masukkan nombor kad pengenalan pelajar
- Sila pastikan Nama, Kategori dan Nombor Telefon E-Dompet adalah betul dan terkini
Status e-Wallet Boost anda akan dipaparkan. - Jika nombor telefon tidak didaftarkan, sila daftarkan nombor telefon dahulu untuk menebus bantuan ini.
Lihat panduan bergambar di bawah untuk fahaman lanjut :
Video Panduan Berdaftar
Tarikh Penebusan
Bagi mereka yang layak, anda boleh buat penebusan bantuan mulai 28 Februari hingga 30 April 2022 di kedai-kedai yang terpilih. Harap maklum.